Utusan Borneo (Sabah)

Pelepasan cukai ke atas insurans satu capaian besar

-

KUALA LUMPUR: Pelepasan cukai tambahan ke atas insurans hayat atau perubatan dalam Bajet 2018, merupakan pencapaian besar dalam memacu perlindung­an persaraan swasta negara dalam jangka masa panjang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, Joseph Gross.

Beliau berkata langkah itu akan menggalakk­an lebih ramai orang memiliki insurans.

“Saya tahu, tidak mudah untuk menambah pengecuali­an cukai. Namun ini merupakan sistem insentif jangka sederhana yang boleh meningkatk­an perlindung­an persaraan swasta dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Allianz 3Highs (3H) Cover, di sini pada Jumaat.

Gross berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan penggiat industri itu supaya kerajaan memberikan pelepasan cukai tambahan ke atas insurans hayat atau perubatan dalam Bajet 2018.

Mengenai prospek pasaran insurans hayat di negara ini, Gross yang melihatnya sebagai positif, berkata berdasarka­n sejarah, trend jangka panjang pasaran dijangkaka­n meningkat lima hingga tujuh peratus.

“Dan trend itu pastinya akan berterusan,” katanya.

Gross juga berkata beliau yakin negara mampu merealisas­ikan kadar penembusan 75 peratus insurans hayat pada 2020.

“Itulah sebabnya kami menawarkan 3H Cover baharu yang menyasarka­n orang ramai yang sudah menghidap 3H iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau indeks jisim badan tinggi.

“Permohonan kumpulan ini berisiko ditolak oleh penanggung insurans lain, dan tidak mudah mendapat perlindung­an insurans,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia