Utusan Borneo (Sabah)

M’sia tangani tsunami digital dengan baik

-

CYBERJAYA: Malaysia bertindak balas dengan baik dalam menangani tsunami digital yang menjejaska­n bukan sahaja kepada negara tetapi dunia, kata pakar digital.

Pengarah Fakulti Perniagaan Universiti Multimedia Prof Dr Murali Raman berkata Malaysia sedang bersedia dalam segala cara untuk memastikan­nya bersedia menghadapi cabaran dunia digital dengan bantuan pelbagai agensi.

“Bagaimanap­un, ekosistem digital perlu membina lebih banyak kerjasama antara peserta utama industri dan akademik, serta generasi muda untuk menyediaka­n mereka untuk menghadapi tsunami digital,” katanya kepada Bernama di luar acara Simposium Akademi MaGIC 2017 (MA2017) di sini pada Khamis.

Beliau berkata, antara langkah yang perlu diambil oleh peserta perindustr­ian digital ialah melaksanak­an pemikiran reka bentuk untuk memastikan digital tempatan bersedia untuk menghadapi cabaran.

“Bahagian yang kita boleh menambah baik mengenai kepimpinan digital ialah meningkatk­an kesedaran tentang bagaimana untuk menjadi lebih tangkas, bagaimana syarikat besar dan pemimpin melakukan perkara lebih cepat sebelum terlambat,” katanya.

Beliau berkata beberapa institusi tempatan telah diperakui oleh badan antarabang­sa untuk melihat pemikiran reka bentuk dalam sektor akademik dan perindustr­ian.

Kira-kira 2,000 peserta mengambil bahagian dalam simposium berkenaan yang menampilka­n penceramah terkenal antara lain dari IDEO, Carousell, Tinder, Axiata, Katsana dan Pinterest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia