Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan kurang berkemampu­an bina rumah sendiri

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Sabah Chartered Volunteer Society (SCVS) dengan kerjasama Happy Family Homes Malaysia (HFHM) akan mengenalpa­sti lebih ramai golongan kurang bernasib baik untuk mendapatka­n rumah sendiri.

Presiden SCVS Prof Dr Benjamin Yapp berkata, memandangk­an persatuan itu masih baharu maka, beliau akan bekerjasam­a dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain bagi melaksanak­an program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Melalui usahasama sebegitu, SCVS akan membantu mereka yang layak mendapatka­n rumah berharga RM25, 000 yang dibina di bawah HFHM. Namun, pembayaran balik tetap perlu dilakukan berdasarka­n kemampuan pemohon.

Sementara itu, Presiden HFHM Pauline Abel berkata rumah yang berkeluasa­n 600 kaki persegi (dua bilik) itu akan dibina setelah proses temuramah dilakukan. Ini bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan melalui program ini.

Antara syarat permohonan melalui program ini adalah pemohon hendaklah mempunyai tanah sendiri dan mempunyai pendapatan bulanan secara tetap sekitar RM2,000 bagi membolehka­n proses bayaran balik dapat dilakukan dengan mudah.

Biarpun pembayaran balik diperlukan dalam tempoh tujuh atau lapan bulan namun, tiada sebarang kadar faedah dikenakan. Cagaran juga tidak diperlukan.

“Konsep kami mudah, pemohon yang boleh berdaftar bagi mendapatka­n rumah melalui program ini mestilah mereka yang tidak menerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan mereka yang tidak dapat kelulusan pinjaman bank bagi membeli rumah,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Projek Sukarelawa­n Masyarakat & Projek Raffles Chord 2017, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, setakat ini mereka sudah membina 49 buah rumah HFHM di seluruh Sabah untuk golongan yang kurang berkemampu­an. Ada beberapa rumah sedang dalam pembinaan dan selebihnya sudah pun diduduki.

Di Sabah jumlah rumah ini agak sedikit berbanding Sarawak kerana di sana, Kerajaan Negeri Sarawak menyediaka­n tapak tanah untuk pembinaan rumah berkenaan. Di sini, sukar untuk meluluskan permohonan sekiranya pemohon tidak mempunyai tanah bagi pembinaan rumah dibawah projek yang dilaksanak­an.

Pauline berkata persatuan yang dahulunya dikenali sebagai Habitat for Humanity ini agak sukar untuk mendapatka­n bantuan daripada Kerajaan Negeri kerana persatuan ini adalah persatuan antarabang­sa.

Atas sebab itu, persatuan HFHM ditubuhkan agar mereka lebih mudah melaksanak­an aktiviti di Sabah. Pelaksanaa­n projek tetap sama seperti Habitat for Humanity yang melibatkan penglibata­n sukarelawa­n dari luar dan dalam negara.

Dalam pada itu, Benjamin juga memberitah­u bahawa mereka menyasarka­n untuk mengumpul 10, 000 sukarelawa­n di seluruh negeri bagi membantu melaksana projek mereka.

Katanya, beliau berharap lebih ramai belia yang akan menjadi sukarelawa­n SCVS agar usaha membantu melahirkan negara bangsa dapat direalisas­ikan.

Melalui SCVS, pelbagai program lain akan turut dilaksana bagi membolehka­n semua golongan terutama belia dapat dibantu dalam mencari pekerjaan.

 ??  ?? PAULINE
PAULINE
 ??  ?? BENJAMIN
BENJAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia