Utusan Borneo (Sabah)

Bola Sepak Veteran Liga Perpaduan Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penyertaan kini dibuka untuk edisi ketujuh Kejohanan Bola Sepak Veteran Liga Perpaduan Sabah 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g di Penampang bermula Disember.

Kejohanan itu adalah anjuran Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang dengan kerjasama Pejabat Daerah Penampang dan Kompleks Sukan Penampang.

Kejohanan bertemakan `Perpaduan Melalui Sukan’ itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu Veteran Campuran dan Super Veteran.

Ia adalah kejohanan tahunan yan telah diperkenal­kan sejak 2010 dan terbuka kepada pasukan atau kelab bola sepak veteran negeri ini dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pengerusi penganjur, Edwin Jomiji berkata, kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM50,000 di samping trofi dan medal.

Katanya, berdasarka­n sambutan pada edisiedisi sebelum ini, mereka menjangkak­an penyertaan kali ini melebihi 50 pasukan untuk kedua-dua kategori.

Menurutnya, pasukan akan dibahagika­n kepada beberapa kumpulan dan bersaing secara liga pada saingan awal.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober dan akan disusuli dengan mesyuarat pengurus pasukan di Kompleks Sukan Penampang pada tarikh yang akan dimaklumka­n kemudian.

Borang penyertaan boleh diperolehi di pejabat Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang, Lot 7, Tingkat 2, Golden Plaza, Jalan Datuk Peter Mojuntin, Donggongon Penampang.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Edwin (010-8702988) atau Carfester Mokujin (016-8049030).

 ??  ?? KUNJUNGAN…Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, tiga dari kiri) telah menerima kunjungan hormat daripada kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) daerah Putatan yang diketuai oleh presidenny­a Haji Ag. Abd....
KUNJUNGAN…Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, tiga dari kiri) telah menerima kunjungan hormat daripada kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) daerah Putatan yang diketuai oleh presidenny­a Haji Ag. Abd....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia