Utusan Borneo (Sabah)

Vettel laung amaran awal di Litar Suzuka

-

SUZUKA: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel (gambar), menetapkan kelajuan pada Khamis bagi Grand Prix Jepun dengan pemanduan yang pantas dalam latihan bebas pada sebelah pagi sebelum hujan menyebabka­n huru-hara pada sebelah petang.

Lewis Hamilton memandu dengan berhati-hati untuk mencatatka­n masa terpantas dalam sesi kedua yang basah setelah latihan sebelah pagi yang mengasyikk­an di Suzuka.

Ditangguhk­an selama 50 minit ketika hujan lebat turun, sebelah petang kelihatan seperti tidak berguna apabila jurutera pasukan menghiburk­an diri dengan mengapung bot kertas di sepanjang sungai air yang mengalir di lorong

‘pit’.

Apabila keretakere­ta akhirnya keluar, lopak air membahayak­an latihan tetapi Lewis mengemudi kereta Mercedes untuk mencatatka­n masa terpantas iaitu seminit 48.719 saat. Vettel menduduki tempat teratas dalam senarai masa bagi sesi pagi yang terganggu seketika setelah Carlos Sainz melanggar tembok dengan kereta Toro Rosso.

Masa Vettel 1:29.166 hampir 20 saat lebih pantas berbanding pusingan Hamilton yang basah, dan pemandu Jerman itu mengatasi pendahulu kejuaraan Formula Satu dan pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo.

Tiada seorang pun pencabar kejuaraan Hamilton mencatatka­n masa di sebelah petang apabila Lance Stroll bernasib baik terselamat selepas kereta Williams yang dipandunya menyatah air ketika memandu di selekoh satu, memaksa pemandu dari Kanada itu untuk mengambil tindakan bagi mengelak daripada melanggar benteng.

Hanya empat pemandu lain mencatatka­n masa, Force India yang dipandu Esteban Ocon yang paling dekat dengan Hamilton, pemenang tiga kali di Jepun, dengan catatan masa 1:49.518.

Vettel, yang ketinggala­n 34 mata di belakang Hamilton dengan lima daripada 20 perlumbaan berbaki bagi musim ini, mencerahka­n peluangnya yang semakin tipis untuk memenangi kejuaraan apabila dia melakukan pecutan kilat yang lewat pada sebelah pagi ketika hujan mula turun.

Rakan dalam pasukan Ferrari, Kimi Raikkonen, adalah satu-satunya pemandu lain yang menyertai Vettel, Hamilton dan Ricciardo untuk mengatasi masa 1:30, walaupun merungut tentang brek yang terlalu panas.

Valtteri Bottas, seperti Hamilton memandu pakej aerodinami­k yang dinaik taraf, mencatatka­n masa 1:30.151 untuk Mercedes dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen – yang mengejutka­n Hamilton untuk menang di Malaysia pada hujung minggu lepas – keenam terpantas.

Vettel, yang menduduki tempat keempat di Sepang selepas dia bermula dari belakang grid, berdepan dengan perlumbaan mesti menang yang berpotensi di litar bentuk lapan yang menggerunk­an di Jepun, di mana dia menang empat kali bersama Red Bull.

Verstappen mengalami ketakutan pada sebelah pagi apabila dia terbabas ke atas batu kerikil sebelum Sainz tergelinci­r dan melanggar tembok tayar selepas dia keluar dari selekoh tajam, merosakkan kereta Toro Rosso dan mengeluark­an bendera merah.

Ocon dan pemandu Renault, Nico Hulkenberg, mencatatka­n masa ketujuh dan kelapan terpantas, manakala Romain Grosjean yang memandu kereta Haas dan kereta McLaren yang dipandu oleh Stoffel Vandoorne melengkapk­an kelompok 10 pemandu terpantas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia