Utusan Borneo (Sabah)

Mengkaji cerita, fakta etnik Idahan

70 sertai program Bakti Siswa Pelajar Teknologi Seni Visual, UMS 2017

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

SERAMAI 70 mahasiswa dan mahasiswi termasuk pelajar pasca siswazah telah menyertai program Bakti Siswa Pelajar Teknologi Seni Visual, UMS 2017 yang diadakan di Kampung Sapagaya, Lahad Datu.

Program selama empat hari tiga malam yang itu antara lain bertujuan bagi mengkaji mengenai segala cerita dan fakta masyarakat etnik kaum Idahan.

Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan Dr. Mohd Fuad Bebit ketika berucap dalam majlis perasmian penutupan program berkata, antara sembilan bidang yang cuba diketengah­kan ialah acara kematian dan pantang larang.

“Selain itu adalah resipi dan proses makanan tradisi, rezual anjung berlabu, perubatan tradisi masyarakat Idahan, cerita lisan pantun gurindam, alat dan bahan proses penuaian, sistem kekeluarga­an dan adat perkahwina­n, muzik tradisi dan juga tarian, pakaian tradisi corak warna dan teknik penghasila­n.

“Alhamdulil­lah para penyelidik yang menyertai program ini telah dapatkan hasil kerjasama masyarakat Idahan dan InshaAllah para penyelidik akan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum hasil kajian diterbitka­n,” katanya.

Menurut Dr. Mohd Fuad lagi, Kg Sapagaya sememangny­a memiliki keindahan tersendiri dan menarik bagi memberi motivasi dan mengenal jati diri kepada pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa mahasiswi, program eksplorasi seni peribumi membina jambatan merentasi keseberang lautan yang dapat menghubung­i warga universiti dengan anak generasi menerima ilmu sama-sama dikongsi.

“Program yang dianjurkan oleh mahasiswa mahasiswi Falkulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan tahun dua bukan alasan. Semoga usaha dan kerjasama program penyelidik­an akan dapat direalisas­i.

“Sebagai insan seni seperti kami sudah tentu merasa terharu kerana mendapat tempat dan perhatian dilubuk para hati pemimpin kampung Sapagaya yang berjiwa rakyat lagi bergaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga Kampung Sapagaya melayan karena mahasiswa mahasiswi apa lagi pada kami selaku tenaga pengajar semua senang hati.

“Menerusi program ini juga diharapkan semoga jalinan silaturahi­m siswa siswi dengan masyarakat kampung bertambah erat,” katanya.

Katanya, difahamkan juga Kg. Sapagaya sangat terkenal dengan pewaris sarang burung yang merupakan tempat kunjungan para pelancong.

“Dari kaca mata orang berjiwa seni tempat ini boleh dimajukan dengan mendirikan rumah kebudayaan masyarakat Idahan semoga menjadi sumber rujukan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Anak Negeri Lahad Datu Hj. Sulaiman Hj. Pengeran Atok merangkap Ketua Sambutan Program dalam ucapannya berkata, beliau yang mewakili masyarakat Kg. Sapagaya sememangny­a amat mengalu- alukan kehadiran mahasiswa mahasiswi bagi mengadakan program seumpama ini.

Ini kerana, menerusi pelaksaan program-program yang dijalankan ia turut mendedahka­n siswa siswi itu sendiri kepada masyarakat khususnya kepada masyarakat Idahan bagi meningkatk­an jati diri dan pemikiran yang kritis seterusnya melatih kepemimpin­an dan kemahiran berorganis­asi semasa mengendali­kan aktiviti yang telah dirancangk­an selama program ini berlangsun­g.

“Sebagai makluman bersama, pada tahun 1972 mahasiswa mahasiswi daripada UKM juga pernah datang ke Kg Sapagaya ini menerusi program anak angkat, dan hasilnya sampai sekarang hubungan dengan anak-anak angkat yang pernah datang ke kampung ini masih lagi terjalin,” tegasnya.

Sementara itu, menerusi kenyataan Pengerusi Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) Abdul Karim Hj. Dakog yang tidak dapat

hadir ke program berkenaan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak UMS khususnya kepada para pensyarah dan pelajarpel­ajar yang terlibat di dalam program bakti siswa.

Katanya, kehadiran pihak UMS amat betepatan pada masanya di kala masyarakat Idahan masih merasakan kehangatan pelancaran Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) yang antara lain, visi, misi dan matlamat utamanya ialah meningkatk­an kualiti etnik Idahan menerusi bidang pelajaran, ekonomi dan kepimpinan generasi muda.

Jelasnya, suku kaum Idahan memang sudah tidak asing lagi di negeri Sabah khususnya di daerah Lahad

Datu yang terletak di Pantai Timur Sabah di mana etnik Idahan bermastaut­in.

Dua bukti sejarah yang diiktiraf oleh kerajaan tentang etnik Idahan ialah pemilikan gua-gua warisan yang mengandung­i sarang burung yang boleh diperolehi di Teluk Darvel (Luk Seban) Sabah dan yang keduanya adalah suku kaum yang terawal menerima kedatangan Islam di Borneo Utara (Sabah) dan bertarikh 1408 Masihi.

“Saya berharap kajian seumpama ini sentiasa diteruskan di masa-masa akan datang kerana semakin banyak kita kaji sudah tentu semakin banyak yang ingin kita ketahui khususnya etnik Idahan,” katanya.

“Alhamdulil­lah para penyelidik yang menyertai program ini telah dapatkan hasil kerjasama masyarakat Idahan dan InshaAllah para penyelidik akan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum hasil kajian diterbitka­n.

DR. MOHD FUAD BEBIT Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan

 ??  ?? SEKITAR perasmian majlis penutupan program Bakti Siswa Pelajar Teknologi Seni Visual, UMS 2017.
SEKITAR perasmian majlis penutupan program Bakti Siswa Pelajar Teknologi Seni Visual, UMS 2017.
 ??  ?? MOHD Fuad menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj. Sulaiman sebagai penghargaa­n dan kenangan.
MOHD Fuad menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj. Sulaiman sebagai penghargaa­n dan kenangan.
 ??  ?? ANTARA yang hadir pada majlis berkenaan.
ANTARA yang hadir pada majlis berkenaan.
 ??  ?? HJ. Sulaiman berucap pada majlis itu.
HJ. Sulaiman berucap pada majlis itu.
 ??  ?? MOHD Fuad ketika berucap.
MOHD Fuad ketika berucap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia