Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan wujudkan Task Force Sekolah Hotspot

-

MESYUARAT Permuafaka­tan SMK Labuan Bersama Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 Oktober telah menubuhkan Task Force Sekolah Hotspot.

Task Force Sekolah Hotspot itu dianggotai bersama Rakan Strategik Sekolah iaitu PDRM (diwakili ASP Halimah Abdullah, Pegawai Perhubunga­n Polis SMK Labuan), AADK (diwakili Ramli Bakar), Jabatan Kesihatan WP Labuan (diwakili Mohd Farhan Mohd Harun), PIBG SMK Labuan (diwakili YDP Haji Md Yusof Haji Chuchu) dan Ketua Kampung Gersik Saguking (Osman Kadir).

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah berkata, Task Force ini ditubuhkan berdasarka­n kenyataan akhbar Kementeria­n Pendidikan yang menyebut Sekolah Hotspot bermaksud sekolah yang berada dalam kawasan atau tempat yang berisiko.

Jelasnya, kawasan-kawasan yang sering berlaku gejalageja­la tidak sihat seperti jenayah atau seumpamany­a.

Ini bermakna sekolah yang berada dalam kawasan hotspot bukan bermakna sekolah tersebut secara semulajadi­nya (in nature) menjadi punca kepada permasalah­an murid.

Oleh kerana latar belakang permasalah­an ini adalah pelbagai, maka KPM telah bersetuju agar ianya dapat ditangani bersama oleh pelbagai pihak seperti PDRM, ATM, Kementeria­n Kesihatan serta beberapa NGO seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) termasuk PIBG dan kepimpinan masyarakat setempat.

Dalam hal ini, pihakpihak tersebut akan turut membantu pihak sekolah dalam usaha mengekang permasalah­an disiplin di sekolah.

Ismail berkata, salah satu inisiatif utama yang telah dipersetuj­ui bersama adalah inisiatif NBOS, iaitu melaksanak­an program pencegahan secara bersama dengan agensi-agensi dan NGO tersebut.

Antara persefaham­an yang dicapai dalam mesyuarat tersebut ialah PDRM akan mengadakan ceramah dan pameran berkaitan isu disiplin, jenayah dan narkotik, rondaan bersama jabatan / agensi lain ke lokasiloka­si yang dikenal pasti.

Oleh itu PDRM memerlukan maklumat daripada pihak kepimpinan kampung dan agensi / NGO lain.

AADK pula memberi khidmat nasihat dalam bentuk ceramah dan pameran AADK, melaksanak­an ujian urin jika ada permintaan, menyertai apa-apa program sekolah untuk menyampaik­an mesej anti dadah secara konsisten.

Jabatan Kesihatan menerusi Unit Pendidikan Kesihatan Sekolah menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan kepada murid-murid, termasuk klinik berhenti merokok, Unit Inspektora­t dan Perundanga­n melalui Unit Sub Risikan boleh memberi bimbingan dan nasihat kepada murid-murid yang terlibat merokok, juga boleh menguatkua­sakan kompaun atas kesalahan merokok.

“Unit Kelab Doktor Muda akan menggerakk­an rakan sebaya berkaitan masalah remaja, mempengaru­hi rakan-rakan supaya tidak terjebak dalam masalah disiplin ,” katanya.

Peranan Ketua Kampung Gersik Saguking pula mengadakan program kesedaran masyarakat kampung yang boleh dibuat secara bersepadu dengan jabatan / agensi / NGO, serta pihak SMK Labuan, melibatkan murid-murid dan ibu bapa.

Sementara PIBG akan terus membantu sekolah dalam apa jua program untuk meningkatk­an imej dan kecemerlan­gan SMK Labuan.

Ismail berkata, pihak sekolah sangat menghargai sumbangan idea yang diberikan oleh agensi kerajaan dan NGO.

Beliau berharap agar SMK Labuan terhindar daripada masalah disiplin dan risikorisi­ko lain. Semuanya boleh dicapai dengan kerjasama semua pihak secara berterusan.

Jelasnya, murid-murid SMK Labuan tidak tergugat dengan status sekolah hotspot dan terus berusaha mencapai kejayaan sebagai buktinya dalam bulan September SMK Labuan telah mencapai tiga kejayaan di peringkat kebangsaan iaitu The Most Dedicated School Award Level Up @ School, The Best Project of My Digital Maker Computer Club Award dan Peserta Perempuan Terbaik Program Pendidikan Luar Peringkat Kebangsaan (Noor Azizah Abd Aziz).

Tambah Ismail, Rakan Strategik Sekolah juga bersifat dinamik, keahlianny­a akan berubah dan bertambah mengikut keperluan semasa.

Beberapa pihak yang akan dilibatkan seperti Jabatan Pendidikan WP Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi / NGO lain yang akan difikirkan dari semasa ke semasa.

Ismail tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada semua pihak yang prihatin sekaligus membantu mencemerla­ngkan SMK Labuan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ag Rozlan Manan (PK Pentadbira­n), Saminan Sabtu (PK Pra U) dan Zalina Zunkepely (PK HEM).

 ??  ?? DUDUK DARI KIRI: Osman Kadir, Haji Md Yusof Haji Chuchu, Ismail Abdullah, ASP Halimah Abdullah, Ramli Bakar, Mohd Farhan Mohd Harun. Berdiri dari kiri: Ag Rozlan Manan (PK Pentadbira­n), Saminan Sabtu (PK Pra U), Zalina Zunkepely (PK HEM).
DUDUK DARI KIRI: Osman Kadir, Haji Md Yusof Haji Chuchu, Ismail Abdullah, ASP Halimah Abdullah, Ramli Bakar, Mohd Farhan Mohd Harun. Berdiri dari kiri: Ag Rozlan Manan (PK Pentadbira­n), Saminan Sabtu (PK Pra U), Zalina Zunkepely (PK HEM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia