Utusan Borneo (Sabah)

Replicant atau manusia?

‘Blade Runner 2049’ cetus kembali debat tentang eksistensi­al

-

ADAKAH Pegawai Rick Deckard lakonan Harrison Ford seorang manusia atau robot Replicant dalam filem ‘Blade Runner’ pada 1982?

Itu adalah soalan yang peminat filem aksi rekaan sains arahan Ridley Scott sudah fikirkan selama 35 tahun dan sekarang dalam sekuel yang sudah lama dinanti-nantikan, soalan itu diterokai lebih lanjut.

Kini sedang ditayangka­n di pawagam, ‘Blade Runner 2049’ berlangsun­g 30 tahun selepas filem asal, apabila robot seperti manusia dipanggil Replicants diburu oleh anggota polis dipanggil ‘blade runners’ di kota distopian Los Angeles.

Dalam filem baharu dari Warner Bros milik Time Warner Inc, Pegawai K dari LAPD (Ryan Gosling) memburu Replicant haram yang bersembuny­i di atas Bumi yang sedang reput dan dia terjumpa sesuatu yang dapat mengganggu kewujudan bersama semasa yang tegang di antara manusia dengan Replicant. Dia ditugaskan untuk mencari Deckard (Ford) bagi mendapatka­n jawapan.

“Ia adalah satu cerita eksistensi­al,” kata pengarah Denis Villeneuve kepada Reuters.

“Ia banyak bercerita mengenai realiti. Ia banyak bercerita mengenai hubungan kita dengan impian yang musnah. Ia bercerita bagaimana sebagai manusia, kita diprogram oleh latar belakang genetik kita dan pendidikan kita, dan kita seperti diperangka­p oleh latar belakang itu dan ia sangat sukar bagi kita untuk membebaska­n diri daripadany­a,” tambahnya.

Sebelum wartawan termasuk Reuters menonton ‘Blade Runner 2049’ di tayangan media awal, mereka dibacakan satu nota daripada Villeneuve yang menggesa mereka untuk tidak mendedahka­n sebarang jalan cerita yang penting.

Apa yang diketahui ialah Ford yang lebih tua dan kelihatan lasak melakonkan semula wataknya sebagai Pegawai Deckard. Pelakon veteran itu menganggap filem itu sebagai satu “peluang pengalaman” bagi audiens untuk melibatkan diri dalam retorik falsafah.

“Terdapat konteks emosional yang indah dalam filem itu, yang merupakan salah satu perkara yang saya paling kagumi mengenainy­a,” kata Ford. “Begitu banyak perkara bagi apa yang saya telah citacitaka­n seakan-akan sudah tercapai.”

Filem asal arahan Scott ‘Blade Runner’ membayangk­an Los Angeles pada 2019 sebagai sebuah metropolis bandar yang begitu besar dalam luas dan disemai dengan budayabuda­ya Timur dan Barat.

Dalam ‘Blade Runner 2049’, Los Angeles sudah meluas ke kebanyakan tempat di California, dan dibina di atas dunia Scott, kota lasak yang merupakan wadah tumpuan bagi pengaruh-pengaruh Inggeris, Jepun dan Rusia.

Villeneuve berkata dia membuat ‘Blade Runner 2049’ sebagai sebuah filem tunggal tetapi mengambil kira skop lebih besar dan taruhan lebih tinggi filem baharu itu, francais yang berterusan tidak diketepika­n.

“Idea kita adalah untuk membuat sebuah filem yang diilhamkan oleh dunia ‘Blade Runner’ dengan kisah yang sangat khusus dan ya, saya positif jika ia dialu-alukan, Ridley akan muncul dengan satu lagi idea,” kata pengarah itu. — Reuters

 ??  ?? DI PAWAGAM: Ryan Gosling dan Harrison Ford (kanan) dalam filem ‘Blade Runner 2049’.
DI PAWAGAM: Ryan Gosling dan Harrison Ford (kanan) dalam filem ‘Blade Runner 2049’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia