Utusan Borneo (Sabah)

Rahman Dahlan dahului senarai penerima anugerah darjah kebesaran

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mendahului senarai 1,023 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-64, di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Kota Belud merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno ini antara lima penerima anugerah tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Enam penerima lain adalah Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Panglima Angkatan Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Datuk Balanggung @ Egbert Evaristus dan Datuk Victor Subbrayan Paul.

Manakala 67 individu tersenarai sebagai penerima anugerah kedua tertinggi iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antara individu yang tersenarai sebagai penerima PGDK adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr D Kamarudin D Mudin, Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Ya h i ya Awang Kahar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah Abdul Manap Lakariba, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri Dr Mingu Jumaan, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din, Panglima Armada Timur Tentera Laut Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia & Sukan Awang Damit Awang Anak, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah Penyuki Matta, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury dan Adun Luyang Dr Hiew King Cheu, Presiden Persatuan Boling Padang Sabah Ladislaus Maluda dan Presiden Badan Bahasa & Sastera Sabah Jasni Matlani.

Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sabah Normalah Rasik antara 14 individu yang menerima Jaksa Pendamai (JP).

Penerima lain adalah Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah Datuk Rubin Balang, Pengurus Besar LIGS Datuk Harris Matthews dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Ekonomi & Pelaburan Sabah (SEDIA) Datuk Peter Pang En Yin.

Sementara itu, antara yang tersenarai sebagai 88 penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) adalah Juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia Mejar Patricia Yapp Syau Yin, Timbalan Ketua Setiuasaha (Sains) Kementeria­n Sains, Teknologi & Inovasi Prof Dr Ramzah Dambul, Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som, Hakim Indra Ayub, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, Liau Chee Kok @ Steven Liaw dan Datin Seri Panglima Noraini Habib Kadir, isteri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pengamal media yang tersenarai sebagai penerima pingat adalah Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Yong Ted Phen (ADK), Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Suwadi Guliling (ADK), Wartawan Sukan Utusan Borneo Desmond Qwek Tsy Teo (BSK), Wartawan New Sabah Times Marlina Macpee (CH) dan Jurukamera Jabatan Penyiaran Sabah Dasni Daud (CH).

Ahli Darjah Kinabalu (ADK) seramai 156, Bintang Kinabalu (BK) seramai 306 orang, Bintang Setia Kinabalu (BSK) seramai 233 dan Pingat Perkhidmat­an Terpuji (CH) seramai 152 penerima.

 ??  ?? DASNI DAUD
DASNI DAUD
 ??  ?? MARLINE MACPEE
MARLINE MACPEE
 ??  ?? DESMOND QWEK
DESMOND QWEK
 ??  ?? SUWADI GULILING
SUWADI GULILING
 ??  ?? YONG TED PHEN
YONG TED PHEN
 ??  ?? RAHMAN DAHLAN
RAHMAN DAHLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia