Utusan Borneo (Sabah)

PELIHARA PERPADUAN

Bagi memastikan kemakmuran, kemajuan terus berkekalan

-

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia khususnya di Sabah diseru agar sentiasa memelihara perpaduan dan menghargai nilai-nilai harmoni bagi memastikan kemakmuran dan kemajuan terus berkekalan.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dalam perutusan sempena Istiadat Pengurniaa­n Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah pada Sabtu, berkata selain perpaduan dan keharmonia­n kaum, semangat kekitaan dalam kalangan rakyat adalah juga pra syarat kepada kesepaduan sosial dan kekuatan masyarakat selama ini.

Justeru, semangat kekitaan yang kental perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri anakanak muda masakini, iaitu generasi pewaris kepimpinan negeri dan negara pada masa depan.

Beliau seterusnya menggesa masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan ideologi politik, supaya bekerjasam­a dengan pihak kerajaan dalam usaha memelihara dan mempertaha­nkan keamanan dan keselamata­n, di samping memerangi keganasan dan membantera­s ekstremism­a dalam bentuk apa sekalipun.

“Kita berasa bimbang dengan penularan fahaman dan gerakan ekstremism­a atau apa juga kegiatan berkaitan kumpulan pengganas yang ingin mengganggu gugat keharmonia­n hidup masyarakat di negeri ini.

“Ia termasuk anasir-anasir jahat yang cuba menyusup masuk serta mempengaru­hi golongan tertentu dan ia harus dipantau dan ditangani dengan tegas kerana hanya membawa keburukan kepada masyarakat serta menjejaska­n keharmonia­n dan keamanan,” katanya.

 ??  ?? YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni bergambar bersama Musa (dua kiri) dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan...
YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni bergambar bersama Musa (dua kiri) dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia