Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup barang kawalan gagal

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menggagalk­an cubaan penyelewen­gan dan penyeludup­an barang kawalan ke negara jiran Filipina dengan penahanan seorang kru kapal di kawasan Kuala Sungai, Batu 2 di sini pagi Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata kru kapal seorang lelaki warga Filipina berumur 31 tahun ditahan bersama barang kawalan yang kesemuanya bernilai RM239,846.42.

“Barang yang dirampas ialah dua tong drum minyak diesel 400 liter, 13 tong drum minyak petrol Ron95 2,600 liter, 43 jerikin minyak petrol Ron95 1,400 liter, 30 tong gas, 66 bungkus tepung gandum, 67 bungkus minyak masak, 58 bungkus gula pasir, 43 bungkus tepung beras dan 18 karung baja ammonium nitrat,” katanya.

Beliau berkata turut dirampas sebuah kapal nelayan jenis kayu yang dipercayai digunakan untuk menyeludup barang kawalan terbabit ke negara jiran.

Yazib berkata kira-kira jam 10.30 pagi, bertindak atas maklumat berkenaan, pihaknya menjalanka­n rondaan Ops Tango Papa Bil. 12/17 menggunaka­n Botronda PFB 34 dengan membuat intipan dan pemantauan di kawasan Kuala Sg. Batu 2.

“Pihak kita mengesan sebuah kapal nelayan yang sarat dengan muatan berlabuh di kawasan Kuala Sg. Batu 2 dan setelah botronda merapati kapal berkenaan, mendapati seorang lelaki disyaki kru kapal berada di dalam kapal terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam ruang kargo hadapan kapal telah menjumpai beberapa barang kawalan didalam ruang kargo hadapan dan belakang, yang disyaki cuba diseleweng­kan bagi tujuan penyeludup­an ke negara jiran Filipina,” katanya.

Beliau berkata kesemua rampas andan k ru kapal dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan kerana melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk ke Jabatan KPDNKK Cawangan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia