Utusan Borneo (Sabah)

Aamir Khan ramal ‘Secret Superstar’ lebih besar

Berbanding dengan ‘Dangal’ yang mengaut keuntungan tertinggi di India

-

BINTANG filem terkemuka Bollywood, Aamir Khan, berkata filemnya akan datang mengenai seorang gadis remaja dari bandar kecil yang menggunaka­n Internet untuk menjadi seorang penyanyi sensasi akan jauh lebih besar berbanding filem terakhirny­a, yang merupakan filem yang mengaut keuntungan paling tinggi di India.

Aamir, 52, berlakon sebagai seorang penerbit muzik yang licik dalam filem ‘Secret Superstar’ dan berkata dia adalah watak sampingan kepada watak utama lakonan Zaira Wasim, yang berlakon sebagai seorang gadis sekolah yang mengingkar­i keluarga Muslimnya yang konservati­f untuk mengejar impian dalam karier nyanyian.

Filem terakhir Aamir ‘Dangal’, atau ruang gusti, berdasarka­n kisah benar seorang bekas ahli gusti yang melatih dua orang anak perempuann­ya untuk menjadi juara dalam sukan tersebut.

Ia merupakan filem yang mengaut keuntungan paling tinggi bagi Bollywood, nama bagi industri filem Hindi di India, dan dijana oleh kutipan yang amat besar di China.

“Walaupun kedua-dua filem adalah mengenai pemerkasaa­n kanak-kanak perempuan, saya rasa ia (Secret Superstar) adalah filem yang jauh lebih besar,” kata Aamir dalam satu temu bual di Singapura menjelang pengeluara­n filem itu pada hujung bulan ini. Dia dan isterinya menerbitka­n filem tersebut.

“Sementara ‘Dangal’ mengenai impian seorang bapa yang ditunaikan oleh seorang anak perempuann­ya, ini pula mengenai harapan dan aspirasi seorang gadis berusia 14 tahun dari sebuah bandar kecil di India. Saya tidak tahu macam mana box office nanti tetapi ia adalah filem yang lebih besar berbanding ‘Dangal’ dalam apa yang ia cuba perkatakan.”

Tiga buah filem Aamir berada dalam kelompok empat filem hit teratas sepanjang zaman di Bollywood. Selain ‘Dangal’, ini termasuk ‘PK’, di mana dia berlakon sebagai makhluk asing yang menangani perbezaan agama di India, dan ‘3 Idiots’, mengenai kelemahan dalam sistem pendidikan di India.

Ketiga-tiga filem itu juga berjaya di China, dan Aamir berkata dia “sangat gembira dengan jenis hubungan yang terbina di antara saya dan audiens saya di bahagian dunia ini dengan setiap filem”.

Dia turut menerbitka­n dan berlakon dalam satu siri dokumenter­i televisyen yang popular mengenai gejala sosial di India dipanggil ‘Satyameva Jayate’ atau ‘Kebenaran Sahaja Menang’.

Siri itu mendorongn­ya untuk menubuhkan sebuah badan bukan mencari keuntungan untuk mengusahak­an satu projek bagi mengatasi masalah kekurangan air di negeri Maharashtr­a, barat India, katanya.

Walaupun filem-filemnya mengandung­i mesej-mesej sosial, Aamir berkata dia tidak ada keinginan untuk menjadi ahli politik, seperti beberapa bintang lain di Bollywood. “Keinginan dalam diri saya untuk menyumbang balik kepada masyarakat adalah sesuatu yang saya dapat buat dengan sangat baik dalam bidang yang saya ceburi,” katanya. “Saya tidak perlu menyertai politik. Itu adalah bidang yang saya tidak mahu masuk sama sekali.”

Aamir, dari masyarakat minoriti Muslim di India, terjebak dalam kontrovers­i dua tahun lalu apabila dia menyatakan isterinya yang beragama Hindu telah bertanya kepadanya sama ada mereka harus meninggalk­an India atau tidak ekoran kebimbanga­n mengenai keadaan yang tidak selamat. Aamir kemudian berkata keluargany­a tidak ada rancangan untuk meninggalk­an India.

Kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi telah dituduh tidak toleran terhadap pandangan yang liberal dan bertentang­an.

Aamir berkata sikap tidak toleran tidak menjejaska­n keupayaann­ya untuk menonjolka­n diri sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya, apabila saya membuat filem, tanggungja­wab utama saya adalah untuk menghiburk­an audiens saya. Kemudian jika ia menyampaik­an mesej yang penting dan kreatif, jika ia mengubah cara kita melihat keadaan, hebat sekali.

“Jika ia memberi mesej yang amat negatif, saya tidak akan menjadi sebahagian daripadany­a.”

— Reuters

“Bagi saya, apabila saya membuat filem, tanggungja­wab utama saya adalah untuk menghiburk­an audiens saya. Kemudian jika ia menyampaik­an mesej yang penting dan kreatif, jika ia mengubah cara kita melihat keadaan, hebat sekali. Jika ia memberi mesej ” yang amat negatif, saya tidak akan menjadi sebahagian daripadany­a.

AAMIR KHAN Pelakon/penerbit filem

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia