Utusan Borneo (Sabah)

Hurikan Nate ancam Mexico, Teluk AS

New Orleans menjangka yang terburuk tatkala Amerika Tengah masih terjejas

-

CANCUN: Nate mencapai status hurikan ketika membadai pusat peranginan pantai popular Mexico dan mara ke Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) awal semalam selepas membawa hujan lebat ke Amerika Tengah dan menyebabka­n sekurangku­rangnya 28 kematian.

New Orleans yang terjejas Hurikan Katrina pada 2005, meninggalk­an ratusan kematian, dan bandar lain di sepanjang pantai berada di bawah amaran hurikan.

Louisiana, ibu negeri New Orleans, menyatakan Presiden Donald Trump telah meluluskan dengan pantas peruntukan bantuan persekutua­n untuk membantu menangani impak taufan tersebut.

Tatkala angin puncak ribut berputar pada kelajuan 129 kilometer sejam kira-kira 240 batu barat laut semenanjun­g barat Cuba, Pusat Hurikan Nasional (NHC) memberi amaran bahawa di AS, kombinasi ombak ribut berbahaya dan air pasang akan menyebabka­n kawasan kering dekat pantai untuk ditenggela­mi air yang naik dari pantai ke pedalaman dengan sesetengah kawasan dijangka dinaiki air sehingga 2.5 meter.

Luis Felipe Puente, penyelaras kebangsaan perlindung­an sivil, mencadangk­an semua penduduk untuk mengelak daripada aktiviti akuatik, pelanconga­n dan rekreasi di Quintana Roo.

Selepas merentasi Teluk Mexico, taufan tersebut dijangka mendarat di sepanjang tengah Pantai Teluk AS lewat semalam, menurut NHC.

Pihakberku­asamembata­lkan sesi persekolah­an di tujuh bandar pesisiran pantai Mexico dan mengumumka­n amaran jingga bagi separuh utara negeri Quintana Roo.

Ombak kuat yang dijangka menjejaska­n pulau barat laut Caribbean sepanjang hujung minggu ini kemungkina­n menyebabka­n gelombang maut dan arus deras, menurut NHC.

New Orleans mengeluark­an perintah berkurung mandatori semalam mulai 6 malam, manakala perintah evakuasi sukarela dan mandatori dikeluarka­n untuk beberapa kawasan rendah.

“Ancaman utama tidak semestinya hujan, tetapi angin kuat dan ombak ribut,” kata Datuk Bandar Mitch Landrieu.

Nate bagaimanap­un masih menghuru-harakan Amerika Tengah di mana hujan lebat terus menyebabka­n banjir.

Pihakberku­asadiElSal­vador, Guatemala dan Honduras telah mengumumka­n amaran maksimum merah.

Nicaragua mengalami 13 kematian, menurut Timbalan Presiden Rosario Murillo.

Di Costa Rica, di mana perintah darurat diumumkan, 10 maut termasuk seorang budak perempuan berusia tiga tahun, sama ada ditimpa pokok tumbang atau tertimbus dalam banjir lumpur.

Tiga lagi terkorban di Honduras dan dua orang di El Salvador.

Lebih 30 disenaraik­an hilang di sekitar wilayah tersebut.

AS sedang mengalami pemulihan daripada dua hurikan iaitu Harvey yang membadai Texas pada Ogos dan Irma pada September.

Satu lagi ribut kuat, Hurikan Maria, membadai Caribbean lewat September, menjejaska­n beberapa pulau termasuk Republik Dominica dan Puerto Rico.

Amerika Tengah, Caribbean, Mexico dan selatan AS mengalami musim hurikan Atlantik saban tahun mulai Jun hingga November, namun tahun ini sudahpun mencatat sejarah sebagai terburuk dalam rekod sejak ia dicatatkan. — AFP

Ombak kuat yang dijangka menjejaska­n pulau barat laut Caribbean sepanjang hujung minggu ini kemungkina­n menyebabka­n gelombang maut dan arus deras, menurut NHC. New Orleans mengeluark­an perintah berkurung mandatori semalam mulai 6 malam, manakala perintah evakuasi sukarela dan mandatori dikeluarka­n untuk beberapa kawasan rendah.

 ??  ?? PENUMPANG bas yang terkandas akibat tanah runtuh melalui sebatang jalan raya yang terjejas teruk akibat kemaraan Nate di Casa Mata, Costa Rica kelmarin. — Gambar Reuters
PENUMPANG bas yang terkandas akibat tanah runtuh melalui sebatang jalan raya yang terjejas teruk akibat kemaraan Nate di Casa Mata, Costa Rica kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia