Utusan Borneo (Sabah)

Penyakit jantung pembunuh nombor satu wanita

Penyakit jantung pembunuh nombor satu wanita

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Melihat statistik setiap seorang daripada empat pesakit jantung adalah wanita, golongan wanita disaran supaya menjalani kehidupan dan pemakanan yang sihat.

Ketua Jabatan Kardiologi Hospital Queen Elizebath II Dr Liew Houng Bang berkata, wanita juga dilihat lewat mendapatka­n bantuan apabila mengalami penyakit jantung disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan kaum hawa ini.

Atas sebab itu, pelbagai program diadakan bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai termasuk wanita mengenai risiko penyakit jantung yang menjadi pembunuh nombor satu wanita ini.

Beliau berkata, wanita yang mengalami obesiti, kencing manis, kurang aktif dan merokok antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

Oleh itu, wanita harus menjalani pemeriksaa­n jantung secara kerap agar dapat mengelak daripada menghidap penyakit jantung kronik yang boleh membawa maut.

Menurutnya, setiap tahun satu daripada empat pesakit jantung kronik meninggal dunia. Manakala dalam tempoh lima tahun, 50 peratus daripada pesakit ini akan meninggal dunia.

Bagi meningkatk­an kesedaran berkenaan penyakit jantung dalam kalangan wanita, Program Minggu Jantung ini diadakan dengan tema ‘Go Red for Women’.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tema ‘Go Red for Women’ ini dipilih supaya dapat meningkatk­an kesedaran dalam kalangan wanita mengenai penyakit jantung.

Bagaimanap­un risiko penyakit jantung ini boleh dielakkan dengan mengamalka­n gaya hidup sihat dan hentikan tabiat merokok.

“Dengan berhenti merokok, risiko diserang penyakit berkaitan jantung akan berkurang 50 peratus. Maka, jalanilah kehidupan yang sihat agar mampu mengelakka­n diri daripada

DR LIEW HOUNG BANG

Ketua Jabatan Kardiologi Hospital Queen Elizebath II

mendapat penyakit jantung,” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Mohd Noor Wahab semasa Majlis Perasmian Minggu Jantung Kota Kinabalu yang diadakan sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia & Bulan Kebajikan 2017.

Jainab juga menyaranka­n wanita supaya kerap bersenam supaya mampu mengurangk­an risiko dijangkiti mahupun diserang penyangkit jantung.

“Penting untuk kita menjalani kehidupan yang aktif, bersenam secara berterusan dan amalkan diet yang seimbang bagi mengurangk­an risiko penyakit jantung.

“Orang ramai terutama wanita juga perlu menjalani pemeriksaa­n penyakit kronik dari masa ke semasa. Jangan tunggu sehingga ada pertanda atau simptom penyakit barulah kita hendak menjalani pemeriksaa­n.

“Pengesanan awal boleh memberi peluang kepada kita menjaga kesihatan dengan baik supaya kita berpeluang untuk hidup lebih lama,” katanya.

Menyentuh tentang usaha Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF), persatuan itu berjaya menghantar 645 pesakit menjalani pembedahan jantung sejak 1981 sehingga kini. Usaha sebegitu amat membanggak­an dan harus dicontohi oleh persatuan lain.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Yayasan Jantung Malaysia Ainon Kuntom, Pengerusi Penganjur Datuk Eva Susau, Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 Dr Heric Corray, Pengarah HQE 2 Dr Razak Tambi dan Pengarah Hospital Wanita & KanakKanak Dr Tan Bee Hwai.

“Wanita juga dilihat lewat mendapatka­n bantuan apabila mengalami penyakit jantung disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan kaum hawa ini.”

 ??  ?? MOHD NOOR (tiga kiri) bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (tiga kanan) membuka tirai sebagai simbolik perasmian Minggu Jantung Kota Kinabalu yang berlangsun­g dari 4-8 Oktober di Kompleks Suria Sabah.
MOHD NOOR (tiga kiri) bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (tiga kanan) membuka tirai sebagai simbolik perasmian Minggu Jantung Kota Kinabalu yang berlangsun­g dari 4-8 Oktober di Kompleks Suria Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia