Utusan Borneo (Sabah)

Polis selesai 17 kes, berkas 18 suspek

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menumpaska­n kegiatan jenayah curi motosikal, curi harta benda, pecah rumah, samun dan senjata api dengan tertangkap­nya 18 orang suspek terdiri 14 rakyat tempatan dan empat warga asing.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 15 hingga 55 tahun ditahan dalam beberapa operasi iaitu Op Lejang, Op Cantas dan pencegahan jenayah yang dijalankan pada pertengaha­n September hingga awal Oktober 2017.

Beliau berkata, dengan kejayaan tangkapan berkenaan, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menyelesai­kan 14 kes jenayah dan tiga kes lain-lain kesalahan serta merampas pelbagai barangan iaitu 49 unit barangan termasuk tiga buah motosikal curi, sebuah kereta dan motosikal digunakan untuk kegiatan jenayah.

“Selain daripada itu, sepucuk senjata api jenis colt 45 serta peluru dirampas berhubung kes cubaan bunuh. Jumlah kerugian keseluruha­n bagi kesemua kes berkenaan adalah RM30,688 manakala harta rampasan dianggarka­n kirakira RM77,200,” katanya.

Azhar berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas kesemua tangkapan mendapati lapan daripada mereka positif menggunaka­n dadah jenis methamphet­amine (syabu).

Katanya, kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama pihak masyarakat awam dalam menyalurka­n maklumat kepada pihak plis sehingga tertangkap­nya suspek yang terlibat.

Bagi kes pecah rumah, dua suspek lelaki masingmasi­ng rakyat tempatan dan warga asing berumur 23 tahun ditangkap pada 19 September dan 24 September di PPR Sungai Manila, Batu 12 dan Jalan Botan Batu 1 1/2 .

Turut dirampas dua bilah pisau lipat yang masingmasi­ng

AZHAR menunjukka­n antara barangan yang dirampas daripada suspek.

digunakan oleh setiap suspek terbabit untuk melakukan jenayah berkenaan.

Bagi kes curi harta benda, tiga lelaki tempatan berumur 32 hingga 53 tahun ditangkap pada 29 September hingga 3 Oktober di sekitar daerah Sandakan kerana mencuri pelbagai barangan di sebuah syarikat di Jalan Lintas Sibuga, Batu 8.

Bagi kes curi motosikal, dua lelaki tempatan berumur 17 dan 18 tahun ditangkap pada 29 September di Kem PGA Batu 10, Jalan Sungai Batang dan Taman Permata Batu 8; dan empat lelaki tempatan berumur 32 hingga 55 tahun ditangkap di sekitar Batu 25 hingga Batu 32 Ulu Dusun.

Seorang lelaki warga asing berumur 34 tahun ditangkap pada29Sept­emberdikaw­asan Kampung Cahaya Baru, Batu 3 kerana disyaki melakukan kes samun, penceroboh­an rumah, curi harta benda dan pecah rumah.

Seorang lelaki berumur 17 tahun ditangkap pada 3 Oktober di Kampung Kenangan Manis Batu 12 kerana disyaki melakukan jenayah samun.

Bagi lain-lain kesalahan kecil, empat suspek berumur 15 hingga 28 tahun iaitu masing-masing dua rakyat tempatan dan dua warga asing termasuk seorang wanita ditangkap pada 23 September hingga 1 Oktober di beberapa lokasi daerah Sandakan.

 ??  ?? AZHAR dan pegawainya menunjukka­n motosikal yang dirampas.
AZHAR dan pegawainya menunjukka­n motosikal yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia