Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran besar tangani penyeludup­an di Tawau

Perairan Malaysia-Indonesia boleh direntasi dalam masa 20 minit

-

TAWAU: Dengan kawasan perairan antara MalaysiaIn­donesia di Tawau boleh direntasi hanya dalam masa 20 minit jika menggunaka­n bot laju, maka aktiviti penyeludup­an merentasi sempadan sukar ditangani.

Jarakantar­aSungaiNya­muk di kawasan Indonesia dengan Tawau hanya empat batu.

“Ia cuma mengambil masa antara 10 hingga 20 minit untuk sampai antara dua destinasi ini,” kata Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa kepada Bernama.

Beliau berkata kerjasama antara penyeludup Indonesia

Pengarah APMM Tawau

danMalaysi­ajugacukup­pantas dengan pihak ‘pengirim’ (penyeludup Indonesia) hanya perlu menunggu isyarat daripada pihak ‘penerima’ (penyeludup Malaysia) untuk mendapatka­n ‘line clear’ sebelum penyeludup­an (penghantar­an) bermula.

“Penghantar­an selalunya dilakukan pada waktu malam atau awal pagi. Ini menyukarka­n pihak kami untuk memintas bot penyeludup yang laju dalam kegelapan malam.

“Ia mengeliruk­an kerana di laut terdapat bermacamma­cam cahaya dari bot-bot lain,” kata Romli.

Beliau berkata penyeludup turut menggunaka­n perkampung­an atas air untuk mendaratka­n barang seludup terutama rokok.

“Joki (pembawa) yang menggunaka­n bot ringan yang kecil dan laju akan mendaratka­n barangan seludup di bawah kolong rumah yang mana kapal penguat kuasa sukar memasukiny­a.

“Apabila APMM berjaya memintas bot penyeludup, selalunya joki akan terjun meloloskan diri di kawasan perkampung­an atas air. Kalau kita mahu memasuki kawasan perkampung­an, terdapat banyak pula jambatan sehingga boleh mengeliruk­an,” katanya.

Beliau menambah joki amat mahir mengenai selok belok perairan Tawau dan mempunyai jaringan komunikasi yang baik dengan pihak penerima barangan.

“Joki yang selalunya merupakan warga Indonesia atau Filipina sanggup mengambil risiko demi menerima upah mahal yang bernilai RM1,000 bagi satu penghantar­an,” kata Romli.

Beliau berkata APMM turut berdepan dengan aktiviti ‘spy’ yang sentiasa mengintai pergerakan bot-bot pihak penguat kuasa di laut.

Namun APMM dan agensi penguat kuasa lain seperti Pasukan Polis Marin (PPM) dapat mengenali modus operandi penyeludup.

“Barangan seludup akan ‘ditapuk’ disembunyi­kan di dalam bot di bawah barangan yang mendapat kebenaran pihak berwajib.

“Apabila ditahan, juragan bot akan sedaya upaya menerangka­n kepada anggota penguat kuasa bahawa barang yang dibawa mereka adalah mengikut ketetapan undang-undang, tetapi setelah diselongka­r baru ditemui barangan seludup,” ujarnya.

Namun Romli berkata APMMtidakp­ernahberpu­tus asa dalam menjaga perairan negara daripada aktiviti penyeludup­an.

“Kita sentiasa mencari resipi dalam menggagalk­an kegiatan pelaku penyeludup yang merugikan negara ini dan menghukum mereka,” katanya.

Beliau berkata mulai awal tahun ini sehingga semalam, terdapat 24 kes seludup masuk dan keluar yang dibawa ke mahkamah yang meliputi kes seperti seludup tong gas, rokok dan migran.

Pada masa sama kerjasama antara APMM dan PPM dalam memantau perairan dan memeriksa serta memintas bot-bot penyeludup perlu diperkukuh­kan lagi, katanya.

“Perlu juga terdapat sistem pemantauan di jeti-jeti yang digazetkan termasuk di jeti persendiri­an.Iaselarasd­engan saranan Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berhubung pewujudan seacheck point di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dalam menangani jenayah rentas sempadan,” katanya.

Romli berkata anggota masyarakat perlu turut tampil menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berlaku di laut. Bernama

“Apabila APMM berjaya memintas bot penyeludup, selalunya joki akan terjun meloloskan diri di kawasan perkampung­an atas air. Kalau kita mahu memasuki kawasan perkampung­an, terdapat banyak pula jambatan sehingga boleh mengeliruk­an. KAPTEN MARITIM ROMLI MUSTAFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia