Utusan Borneo (Sabah)

Sukarelawa­n Pengakap Kelana terima 33 jahitan, dua suspek dikehendak­i polis

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dua suspek dikehendak­i polis berhubung siasatan kes penceroboh­an jenayah dan mendatangk­an kecederaan terhadap seorang sukarelawa­n Pengakap Kelana sehingga menerima 33 jahitan.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai Mohammad Ridzwan@Adik dan Ican.

“Kedua-dua suspek berumur 20-an dan tinggal di Kg Bukit Kukusan,” katanya, di sini, Khamis, mengulas perkembang­an siasatan kes terbabit.

Fadil berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 30 September kira-kira jam 12.30 tengah malam di luar pagar sekolah rendah dekat Kg. Kukusan.

Menurutnya, mangsa lelaki, 20, yang cedera dirawat sebagai pesakit luar serta menerima 19 jahitan di kepala, 10 di tangan kiri dan empat di tangan kanan.

“Mangsa dipercayai diserang empat suspek,” katanya,sambilmeng­esahkan siasatan masih dijalankan secara menyeluruh berkaitan kronologi kes itu.

Beliau berkata, setakat ini polis menahan reman dua suspek yang berumur 20 tahun dan kedua-duanya juga tinggal di Kg. Bukit Kukusan, sehingga 13 Oktober.

Terdahulu beliau berkata, salah seorang guru pengakap ternampak dua kelibat suspek tidak dikenali memasuki tapak perkhemaha­n di padang sekolah pada 29 Oktober kira-kira jam 11.30 malam.

“Bagaimanap­un, keduadua suspek melarikan diri sebaik menyedari kehadiran mereka disedari guru terbabit,” katanya.

Susulan insiden itu, guru besar kemudianny­a mengarahka­n rondaan dijalankan untuk mengelak sebarang penceroboh­an daripada terus berlaku.

Namun, semasa rondaan dijalankan oleh para guru, sekumpulan empat lelaki yang melepak di luar pagar sekolahber­tindakmemb­aling batu.

“Mangsa kemudianny­a keluar seorang diri menuju ke arah kumpulan suspek yang membaling batu untuk menegur walaupun dilarang oleh guru lain sementara menunggu kehadiran polis.

“Selang lima minit kemudian, mangsa kembali semula dalam keadaan cedera dan tidak ada guru melihat kejadian sebenar kerana keadaan terlalu gelap dan jarak yang agak jauh,” katanya.

Sehingga kini, siasatan kes masih lagi dijalankan oleh polis yang dibuka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun Keseksaan.

Utusan Borneo difahamkan, larangan guru terbabit (jangan keluar) tidak didengari akibat faktor jarak yang jauh dan mangsa pergi menemui keempat-empat suspek kerana mengenali mereka.

Difahamkan juga, aktiviti perkhemaha­n terbabit turut disertai oleh 50 CLC Pramuka Indonesia selain daripada penyertaan ahliahli pengakap tempatan.

 ??  ?? MOHAMMAD RIDZWAN
MOHAMMAD RIDZWAN
 ??  ?? ACAN
ACAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia