Utusan Borneo (Sabah)

Lima suspek ditahan miliki dadah syabu

- AZHAR menunjukka­n dadah yang dirampas. Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Empat lelaki dan seorang wanita ditahan oleh pihak polis kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 60.1 gram serta satu unit alat penimbang elektronik dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai BDC Shoplot, malam Rabu.

KetuaPolis­DaerahAsis­ten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, mereka yang ditahan berumur 18 hingga 53 tahun.

“Sepasukan pihaknya diketuai oleh Inspektor Jamil Jan telah membuat Ops Sarang di rumah kedai berkenaan kira-kira jam 10.30 malam,” katanya.

Beliau berkata, hasil ops berkenaan telah menahan lima suspek dan menjumpai satu bekas plastik lutsinar di atas meja yang mengandung­i ketulan hablur disyaki methamphet­amine (syabu) dipeket berasingan dianggar kasar seberat 55.0 gram.

“Pihak polis juga menjumpai satu unit alat penimbang elektronik di atas meja berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n ke atas tubuh salah seorang suspek menjumpai satu beg kecil mengandung­i 8 peket pelbagai saiz dianggar kasar seberat 5.1 gram.

“Hasil ujian saringan awal polis terhadap air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine,” katanya.

Beliau berkata, kesemua dadah yang dirampas dianggarka­n 60.1 gram yang mana anggaran jumlah pasaran kira-kira RM6,000 disyaki untuk diedarkan di sekitar Sandakan.

“Semua suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta yang sama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia