Utusan Borneo (Sabah)

Calon PT3 perlu bersedia, yakin diri

157 pelajar Tingkatan 3 SMK Ranau hadiri Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat PT3

- OLEH SALMAN ABADI

RANAU: Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) minggu depan harus mempersiap­kan diri daripada semua aspek terutama fizikal, rohani mahupun mental.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Jasnin Suman berkata bagi para pelajar yang membuat persiapan rapi sebelum peperiksaa­n berpeluang memperoleh keputusan yang cemerlang kelak.

“Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n PT3 tidak lama lagi harus lebih bersedia dan memiliki keyakinan tinggi ketika berada dalam dewan peperiksaa­n terutama semasa menjawab kertas soalan.

“Sekiranya para pelajar memiliki keyakinan tinggi, lebih bersedia serta mempunyai pengetahua­n yang mencukupi sebelum menduduki peperiksaa­n, anda akan dapat menjawab semua soalan peperiksaa­n yang diberikan tanpa rasa tertekan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat calon peperiksaa­n PT3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau di dewan sekolah berkenaan sini, baru-baru ini.

Jasnin yang juga Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, sekiranya para pelajar tidak mempunyai sebarang persiapan yang rapi dan mencukupi, maka ini menyebabka­n timbul situasi tidak tenang ketika menjawab soalan peperiksaa­n.

Justeru, beliau menggesa para pelajar memberi fokus serta memanfaatk­an baki hari sebelum menjelangn­ya peperiksaa­n dengan mengulangk­aji pelajaran untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n tersebut.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati para pelajar khususnya calon PT3 agar sentiasa menjaga kesihatan diri terutama dari aspek pemakanan, selain mendapat rehat atau tidur yang cukup bagi mengelak mereka berada dalam keadaan yang tidak sihat atau selesa pada hari peperiksaa­n.

Pada majlis ilmu itu, Jasnin diiringi Pengetua SMK Ranau Barizah Mohd Kahar dan Timbalan YDP PIBG Masilin Ibrahim turut menyempurn­akan penyerahan alat tulis sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah itu kepada seramai 157 calon PT3 sekolah itu.

Terdahulu, Pegawai Meja Kaunseling

Sekiranya para pelajar memiliki keyakinan tinggi, lebih bersedia serta mempunyai pengetahua­n yang mencukupi sebelum menduduki peperiksaa­n, anda akan dapat menjawab semua soalan peperiksaa­n yang diberikan tanpa rasa tertekan, JASNIN SUMAN

Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan

dan Pegawai Khas (PK) Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran yang juga seorang ikon belia, Stanley Missun menyampaik­an ceramah motivasi kepada calon-calon PT3 dan ibu bapa mereka yang

hadir.

Selain bertugas di PPD Tuaran, Stanley merupakan seorang penyampai (pembaca) berita secara sambilan di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kota Kinabalu.

 ??  ?? JASNIN (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah motivasi, Stenley Missun dari PPD Tuaran.
JASNIN (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah motivasi, Stenley Missun dari PPD Tuaran.
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR Tingkatan Tiga (calon PT3) bersalaman dengan Jasnin (kanan), guru-guru dan ibu bapa pada Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat PT3 SMK Ranau.
PELAJAR Tingkatan Tiga (calon PT3) bersalaman dengan Jasnin (kanan), guru-guru dan ibu bapa pada Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat PT3 SMK Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia