Utusan Borneo (Sabah)

Ilmu pengakap mendorong kejayaan masa depan

-

LAHAD DATU: Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah Daerah Lahad Datu Juraimin Jadil menggesa agar ahli-ahli pengakap terus membudayak­an ilmu pengakap dalam diri kerana ianya mendorong kejayaan masa depan.

Menurutnya, Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap merupakan panduan yang akan memastikan individu pengakap tidak terbabas dengan cabaran hidup.

“Ikrar yang dilafazkan bukan sekadar disebut dari mulut tetapi ingatlah tiga perkara dalam Persetiaan Pengakap dan 10 Undangunda­ng Pengakap itu adalah panduan, pedoman hidup yang jika dituruti akan membentuk kejayaan diri di masa depan,” katanya.

Juraimin yang juga Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Lahad Datu berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pertabalan Pengakap Kelana Penuh Daerah Lahad Datu 2017 di Dewan Saujana Putra, dekat sini, malam Jumaat.

Beliau turut mengingatk­an agar ahli-ahli pengakap tidak melibatkan diri dengan aktiviti jenayah sebaliknya terus membina nilai murni diri dengan menyertai aktivitiak­tiviti kemasyarak­atan dan kesukarela­an.

Menurutnya, dengan menjadi anggota masyarakat yang sihat akan menjadi ikutan rakan-rakan sebaya dan perkembang­an ini akhirnya akan mewujudkan komuniti masyarakat yang sihat, aman dan bahagia.

Katanya lagi, ibu bapa perlu menggalakk­an anak-anak

NORWAHIDA YAMALUDDIN

mereka menyertai pengakap kerana menjadi pengakap akan membentuk jati diri pengakapny­a sepanjang hayat.

“Ibu bapa jangan bimbang kerana bak kata orang, sekali berpengaka­p maka dia menjadi pengakapla­h selamaya. Jati diri yang dibentuk melaluinya akan mendorong kejayaan dan akan terus kekal dalam dirinya meskipun sudah pencen, sudah tua, sudah tidak berjawatan dalam kerjayanya,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 54 orang pengakap menerima pertabalan pengakap , masingmasi­ng 26 orang Pengakap Kelana E dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya, 24 Pengakap Kelana F (SMK Segama) dan empat Pengakap A (terbuka).

 ??  ?? SALAH seorang pengakap wanita menerima pertabalan pengakap kelana.
SALAH seorang pengakap wanita menerima pertabalan pengakap kelana.
 ??  ?? JURAIMIN bersama sebahagian pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap.
JURAIMIN bersama sebahagian pemimpin-pemimpin pengakap dan ahli-ahli pengakap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia