Utusan Borneo (Sabah)

Kemiskinan tidak halang untuk capai kejayaan

-

TENOM: Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan jika ia disertai dengan semangat serta keinginan yang kuat, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar, di sini.

Katanya, semangat yang kental, kesabaran, sentiasa berusaha serta mempunyai cita-cita tinggi merupakan pendorong utama untuk berjaya dan semua itu mampu mengatasi kekayaan harta benda yang dimiliki.

“Isunya bukan kemisikina­n harta, namun apa yang penting jika kita kaya dari segi peribadi, kuat semangat, tekun, mempunyai keazaman dan impian yang tinggi ianya merupakan asas penting untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Restu pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM di dewan SMK Entabuan di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Pengetua sekolah itu, R.Suntharara­joo guru guru ibubapa serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n PT3 dan SPM tahun ini.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata, pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampu­an jangan sesekali berhenti sekolah, namun hadapi cabaran dengan tabah agar dapat menjadi insan berjaya pada masa akan datang.

Beliau juga berasal dari keluarga miskin, namun ibubapa beliau bertanggun­gjawab menjadikan beliau berusaha keras sehingga mencapai kejayaan

“Saya sentiasa meletakkan dalam diri bahawa ilmu adalah segala-galanya. Saya tak perlu ‘lawan’ orang lain untuk jadi hebat kerana hanya dengan pendidikan sahaja yang akan membuatkan saya hebat,” katanya.

Tambahnya, perkembang­an dalam sektor pendidikan negara ketika ini, jauh lebih baik berbanding sebelumnya kerana kerajaan sentiasa memfokuska­n untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bagi mengemudi kemajuan negara pada masa akan datang melalui pendidikan.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan saban tahun membelanja­kan peruntukan yang begitu tinggi dalam sektor pendidikan bagi membolehka­n eksis pendidikan dapat disalurkan tanpa mengira tempat kawasan bandar dan luar bandar.

“Antaranya menambah baik prasarana sekolah, akademik selain menyediaka­n bantuan buku teks, tuisyen percuma biasiswa dan pelbagai bantuan lain khusus untuk menjana kemajuan sektor pendidikan negara.

“Terdapat banyak peluang yang diwujudkan oleh kerajaan untuk rakyat daripada pelbagai latar belakang untuk mengubah kehidupan masing-masing ke arah yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? JAMAWI memberikan motivasi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n PT3 dan SPM tahun ini.
JAMAWI memberikan motivasi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n PT3 dan SPM tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia