Utusan Borneo (Sabah)

253 calon SMK Labuan duduki PT3 Isnin ini

-

LABUAN: Seramai 253 calon SMK Labuan akan menduduki peperiksaa­n PT3 yang akan bermula Isnin ini hingga Khamis.

Sementara 234 calon SPM, 162 calon 6 Rendah dan 124 calon 6 Atas akan menduduki peperiksaa­n masing-masing pada 6 November.

Sehubungan itu, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengingatk­an calon PT3 supaya membuat persiapan terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaa­n Isnin ini.

Ini termasuk memastikan semua alat tulis dan peralatan peperiksaa­n serta kad pengenalan telah disediakan lebih awal.

Pada masa sama, beliau mahu calon PT3 menjaga kesihatan, pemakanan dan keselamata­n sepanjang minggu peperiksaa­n pada 9 hingga 12 Oktober ini.

Ismail juga berharap ibu bapa akan memainkan peranan utamanya mereka dengan memberikan semangat, dorongan dan katakata nasihat sebelum anak mereka menjawab peperiksaa­n tersebut.

“Pihak sekolah terutama guru-guru telah membuat persiapan awal untuk memastikan calon PT3 bersedia menghadapi peperiksaa­n itu dengan mengadakan pelbagai program kecemerlan­gan akademik sejak awal tahun lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Solat Hajat dan Membaca Surah Yasin Perdana SMK Labuan 2017 di Masjid Jamek An- Nur, pada Sabtu.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG SMK Labuan, Haji Md Yusof Haji Chuchu, guruguru dan ibu bapa calon PT3, SPM dan STPM.

Ceramah khas mengenai ilmu telah disampaika­n oleh Ustaz Ibrahim Mat dari SK Kerupang manakala solat hajat dan bacaan Yasin diketuai Ustaz Haji Sanusi Ya.

Hadir sama Penolong Kanan Pra U, Saminan Sabtu dan Penyelia Petang Petang, Kitli Beka.

Ismail turut mengucapka­n terima kasih atas komitmen PIBG dan ibu bapa dalam menjayakan program tersebut sekaligus menyuntik semangat pelajar untuk memperoleh­i keputusan yang cemerlang.

“Ucapan penghargaa­n juga saya tujukan kepada guru-guru yang tidak pernah kenal erti jemu dalam mendidik dan membimbing anak murid dengan mengadakan pelbagai program akademik,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL (empat kiri) bersama calon PT3 pada program Solat Hajat dan Membaca Surah Yasin Perdana SMK Labuan 2017.
ISMAIL (empat kiri) bersama calon PT3 pada program Solat Hajat dan Membaca Surah Yasin Perdana SMK Labuan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia