Utusan Borneo (Sabah)

Daftar segera dengan PSMB

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Persatuan Pembaiki Automobil Sabah menyeru kepada semua majikan di bawah naungan persatuan itu untuk mendaftark­an syarikat masing-masing kepada Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) secepat mungkin.

Presidenny­a Chong Ket Yin berkata, pendaftara­n itu diwajibkan oleh kerajaan bagi mematuhi akta yang telah dilaksanak­an sejak Julai 2014.

“Semua majikan yang mempunyai lebih daripada 10 pekerja tempatan ke atas diwajibkan untuk membayar satu peratus daripada jumlah keseluruha­n gaji tetap pekerja mereka kepada PSMB.

“Duit yang dibayar itu akan disimpan dalam Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia untuk tujuan latihan kepada pekerja syarikat berkenaan.

“Syarikat itu boleh membuat tuntutan terhadap yuran yang dibayar itu untuk tujuan mengadakan latihan serta tuntutan yang berkaitan bagi meningkatk­an kemahiran para pekerja dalam syarikat itu,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya tidak tahu mengenai perlaksana­an akta perundanga­n itu sehinggala­h pegawai dari PSMB datang ke sini untuk menjelaska­n perkara itu dalam satu taklimat yang diadakan di sini baru-baru ini.

Katanya, persatuan itu telah menulis surat kepada PSMB untuk merayu agar memberikan kelonggara­n kepada para ahli persatuan itu agar diberikan masa mendaftar seterusnya membayar yuran levi satu peratus itu kepada PSMB.

“Sekiranya sesebuah syarikat itu didapati tidak membayar levi itu, maka tindakan undang-undang berbentuk denda RM10,000 atau penjara dua tahun boleh dikenakan.

“Kita bersetuju dengan akta itu dan akan mula bayar yuran itu kepada PSMB tetapi pembayaran dibuat bermula dari 1 Oktober ini dan bukannya dari Julai 2014.

“Perkara ini sudah kita merayukepa­daPSMBdank­ini masih menunggu keputusan akhir daripada agensi kerajaan itu,” katanya.

Menurutnya, majikan yang mempunyai pekerja tempatan kurang dari 10 orang, mereka juga boleh menghantar surat kepada PSMB untuk ditentukan sama ada mereka layak membayar atau sebaliknya.

Katanya, sekiranya layak, mereka hanya perlu bayar sebanyak 0.5 peratus dari gaji tetap keseluruha­n.

“Katanya yuran yang dibayar wajib dituntut dalam tempoh lima tahun untuk tujuan latihan dan sebagainya,” katanya.

Chong berkata, persatuann­ya itu mempunyai sejumlah 132 ahli dan 60 daripada jumlah itu mempunyai pekerja tempatan lebih daripada 10 orang.

 ??  ?? CHONG (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sa Persatuan Pembaiki Automobil Sabah.
CHONG (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankua­sa Persatuan Pembaiki Automobil Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia