Utusan Borneo (Sabah)

Hormati, selami hidup warga emas

Warga paling banyak berjasa kepada generasi muda

-

PAPAR: Bakal guru perlu menyelami kehidupan warga emas agar mereka dapat menjadikan golongan ini sebagai isi pelajaran semasa di sekolah sekaligus menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid terhadap warga emas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Seri Panglima (DSP) Haji Abdul Rahim Ismail sehubungan itu amat menyokong penuh program yang dianjurkan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan IPG Kampus Keningau yang dapat membentuks­ikapmasyar­akat yang prihatin terhadap warga emas.

“Kita perlu sedar warga emas adalah golongan yang paling banyak berjasa kepada generasi muda kerana mereka telah melaksanak­an semua tanggungja­wab untuk memajukan negara ini seperti yang kita kecapi masa kini,” katanya.

Rahim berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Program Sayangi Warga Emas, Jalinan Kasih 2.0 anjuran IPG Kampus Keningau bersama UPPM N. 22 Pantai Manis, Papar bertempat di Dewan Terbuka SK. Buang Sayang Papar.

Seramai 55 warga emas Kg.Melugus, Papar telah

“Kita perlu sedar warga emas adalah golongan yang paling banyak berjasa kepadagene­rasimudake­ranamereka­telah melaksanak­an semua tanggungja­wab untuk memajukan negara ini seperti yang ” kita kecapi masa kini DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis

menerima sumbangan dari Rahim berupa beras dan barangan dapur.

Sebelum itu, di sebelah paginya berbagai acara telah diadakan antaranya senamrobik, sukaneka, cabutan bertuah dan gotongroyo­ng serta menziarahi rumah warga emas di Kg. Melugus.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Umno Papar itu berkata, program seperti ini amat murni dan luar biasa dalam membina kesedaran kepada generasi muda untuk menyanjung dan menghormat­i warga emas sepanjang masa.

Beliau berharap agar warga emas menggunaka­n masa yang masih ada dengan sebaiknya, menjaga kesihatan diri dan melakukan kerjakerja amal ibadat sepanjang masa sebagai bakal kehidupan pada hari kemudian.

“Saya berharap siswa pendidik mengaplika­sikan semua kemahiran, pengetahua­n, pengalaman yang diperolehi dari program ini semasa berkhidmat sebagai guru,” tegasnya.

Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) mengucapka­n setinggiti­nggi penghargaa­n kepada IPG Kampus Keningau kerana memilih Kg.Melugus sebagai tapak lokasi program ini yang amat berfaedah kepada masyarakat dan siswa pendidik serta murid sekolah.

“Semoga usaha murni ini akan diteruskan pada masa akan datang” kata Rahim yang juga ADUN N:22 Pantai Manis Papar.

Terdahulu Pengarah IPG Kampus Keningau selaku IPG Pengelola Program Puan Rujinah Miki dalam ucapannya memberitah­u matlamat utama program ini.

Katanya, IPG Kampus Keningau melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar berusaha untuk melaksanak­an program khidmat mayarakat ini sebagai suatu sumbangan dalam usaha menjayakan Dasar Warga Emas (DWEN) di samping mendidik dan membudayak­an nilai, sikap dan amalan saling menghormat­i, menghargai serta menyayangi sesama insan terutama dalam kalangan Siswa Pendidik IPG Kampus Keningau.

Hadir di majlis ini ialah Pengarah IPG Kampus Keningau Rujinah Miki, PPD Daerah Papar Hj.Suhaimi Hj.Harun, Guru Besar SK.Buang Sayang Sabli Hj.Malik, PPM Pantai Manis Hj. Ag. Arshad Hj.Ag. Kahar, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj. Mohiddin, warga emas Kg.Melugus, Pensyarah IPG Kampus Keningau, warga pendidik SK.Buang Sayang, murid-murid SK. Buang Sayang, Para pemimpin dan masyarakat setempat.

 ??  ?? RAHIM dan Hj.Suhaimi (kanan) sedang menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Nota Kolaborasi.
RAHIM dan Hj.Suhaimi (kanan) sedang menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Nota Kolaborasi.
 ??  ?? HJ.Suhaimi menerima cenderahat­i dari Rujinah.
HJ.Suhaimi menerima cenderahat­i dari Rujinah.
 ??  ?? FAHZEAN merakamkan gambar bersama Rujinah.
FAHZEAN merakamkan gambar bersama Rujinah.
 ??  ?? SALAH seorang warga emas menerima sumbangan ikhlas berupa bakul makanan daripada Rahim.
SALAH seorang warga emas menerima sumbangan ikhlas berupa bakul makanan daripada Rahim.
 ??  ?? RAHIM menerima cenderaken­angan daripada Rujinah.
RAHIM menerima cenderaken­angan daripada Rujinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia