Utusan Borneo (Sabah)

Program Minggu Bahasa cungkil bakat pelajar

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Usaha dan inisiatif Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Wen Ranau menerusi Pusat Sumber Sekolahnya menganjurk­an Minggu Bahasa dengan, mengadakan Pertanding­an Syarahan dan Bercerita dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris baru-baru ini, mampu mencungkil bakat serta potensi pelajar dalam ketiga-ketiga bahasa yang dipertandi­ngkan.

Pertanding­an yang berlangsun­g di Dewan Utama sekolah itu melibatkan semua murid Tahun 1 hingga 6 dan guru-guru, bertujuan mengetenga­hkan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan selain menggalakk­an budaya sukamembac­adanmengha­yati karya kreatif para penulis tempatan, karya tradisiona­l ataupun hasil karya sendiri.

Pertanding­an syarahan dan bercerita seumpamany­a juga dapat membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saying dan secara tidak langsung aktiviti ini dapat membantu meningkatk­an kemahiran para pelajar untuk berbahasa iaitu Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis dalam ketiga-tiga bahasa berkenaan.

Seramai 80 orang murid menyertai pertanding­an tersebut, sementara para hakim pertanding­an pula adalah dilantik dari kalangan guru mata pelajaran melibatkan 19 orang guru.

Guru Besar SJK (C) Pai Wen, Ng Li King ketika ditemui memuji komitmen semua guru khususnya Ketua Panitia dan Jawatankua­sa Panitia BM, BI dan BC sekolah itu kerana mengendali­kan Minggu Bahasa dengan lancar serta teratur untuk mencapai objektif program.

Menerusi program seperti ini juga diharapkan boleh memberi pendedahan serta kesiap-siagaan murid untuk

bercerita Bahasa China Tahap 1, marakam gambar bersama guru-guru tenaga pengajar.

menjawab mana-mana soalan kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina semasa peperiksaa­n,” jelas Ng Li King.

Pertanding­an syarahan dan bercerita itu disertai muridmurid Tahap Satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan Murid Tahap Dua (Tahun 4- 5).

Semua pemenang johan, naib johan dan ketiga, masing-masing menerima hadiah berupa hamper dan piala iringan.

 ??  ?? PEMANANG
PEMANANG
 ??  ?? BARISAN pemenang bercerita Bahasa Inggeri bersama guru mereka.
BARISAN pemenang bercerita Bahasa Inggeri bersama guru mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia