Utusan Borneo (Sabah)

76 saman dikeluarka­n di Bukit Gantang

-

BUKIT GANTANG: Sebanyak 76 saman dikeluarka­n kepada pemandu lori dan bas atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu di Hentian Sebelah Bukit Gantang arah ke selatan malam Jumaat.

Komander Lebuh Raya Zon Utara 3, Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman (EMPV), ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata antara kesalahan yang didapati dilakukan termasuk ikatan muatan pada lori yang tidak kemas, tiada cermin sisi, tiada lesen memandu, tiada lampu brek dan memandu dalam kedaan laju.

Beliau berkata pihaknya juga mengesan dua kenderaan perdaganga­n yang menggunaka­n tayar celup tidak menepati piawaian.

“Jika tayar itu terkopak di atas jalan raya, ia boleh mengakibat­kan kemalangan terutama pada waktu malam,” katanya dalam sidang media kemudianny­a.

Operasi selama dua jam bermula 10 malam itu turut disertai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Plus Berhad , Jabatan Imigresen dan Puspakom.

Hazil Reza berkata 120 kenderaan perdaganga­n terdiri daripada 80 buah lori dan 40 bas telah diperiksa.

AADK turut menahan dua pemandu lori berumur 25 dan 35 tahun yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Sementara itu Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Imigresen Ipoh, Suhaire a/l Bali berkata pihaknya menahan 14 warga asing termasuk tiga wanita Indonesia, yang tinggal lebih hadmasadan­tidakmempu­nyai dokumen perjalanan sah.

Menurutnya warga asing lain terdiri daripada dua warga India, Pakistan (tiga), Bangladesh (satu), Myanmar (empat) serta Nepal (satu).

Pihak Imigresen memeriksa seramai 258 orang dalam operasi berkenaan, katanya.Bernama

 ??  ?? KOMANDER Operasi Trafik Zon Utara 3 Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali (dua, kiri) bersama anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) memeriksa tayar sebuah treler dalam Ops Bersepadu di KM 225 Hentian Sebelah Selatan Bukit Gantang malam Sabtu.
KOMANDER Operasi Trafik Zon Utara 3 Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali (dua, kiri) bersama anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) memeriksa tayar sebuah treler dalam Ops Bersepadu di KM 225 Hentian Sebelah Selatan Bukit Gantang malam Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia