Utusan Borneo (Sabah)

Remaja geng pecah rumah ditahan

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai anggota geng pecah rumah dan samun berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Changkat Damai, Taman Permata di sini tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan remaja yang sudah tidak bersekolah itu dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam Sabtu.

“Berdasarka­n siasatan awal, remaja itu mengaku terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan samun bersama seorang lagi rakannya sejak beberapa bulan lepas di sekitar daerah SPT dan daerah Seberang Perai Selatan,” katanya.

Katanya suspek mendakwa semua barangan hasil pecah rumah serta samun ada bersama rakannya yang juga remaja lelaki berusia 19 tahun dan usaha mengesanny­a giat dijalankan.

Beliau berkata rakan remaja itu dipercayai tinggal di Bukit Mertajam bagaimanap­un dipercayai telah melarikan diri sebaik mengetahui suspek ditahan polis.

“Remaja itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,”katanya.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan ketika suspek cuba meloloskan diri dengan sebuah pikap yang baru dicurinya di Jalan Sungai Lokan, dekat sini kelmarin.

Katanya dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, lelaki berusia 42 tahun berkenaan bertindak memecut laju pikap yang dipandunya selepas menyedari dia diekori polis dan berdasarka­n pemeriksaa­n, kenderaan tersebut dicuri dari sebuah bengkel kenderaan di Jalan Baru, di sini.

“Suspek mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan bersama seorang rakannya sejak awal tahun ini dan semakan juga mendapati dia mempunyai enam rekod lampau serta memang dikehendak­i polis bersabit kes jenayah,”katanya.

Beliau berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan polis sedang memburu rakannya yang identitiny­a telah dikenal pasti.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia