Utusan Borneo (Sabah)

Penagih dadah baru keluar penjara ditahan lagi

-

BUTTERWORT­H: Seorang penagih dadah yang baru sahaja keluar dari penjara minggu lepas kerana kesalahan yang sama, ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam pemeriksaa­n di sebuah rumah di sini pada Jumaat.

Ketua AADK Seberang Perai Utara Zulkefli Alapitchay berkata lelaki berusia 20-an itu ditahan dalam pemeriksaa­n pukul 10 malam dan dia turut mendakwa untuk berhenti daripada menagih dadah, namun tidak berjaya.

“Semasa serbuan di rumah itu, lelaki itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa AADK dengan menyorok di tingkat atas rumah dua tingkat tersebut selepas gagal meloloskan diri kerana kami telah mengepung kawasan berkenaan terlebih dahulu. Ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis heroin,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata dalam Operasi Cegah itu, lima lagi lelaki berusia 20 hingga 50 tahun ditahan di kawasan Butterwort­h kerana positif dadah.

Katanya enam lelaki yang kebanyakan­nya tidak bekerja itu dibawa ke pejabat AADK Seberang Perai Utara untuk tindakan selanjutny­a.

Zulkefli berkata operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan penagih dadah yang menjadikan beberapa lokasi di situ sebagai ‘port’ mereka menghisap dadah.

Beliau berkata pihaknya turut menjalanka­n risikan dan intipan sebelum menjalanka­n operasi dalam usaha mengesan lokasi yang sering menjadi tumpuan penagih dadah di sekitar daerah Seberang Perai Utara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penagih dadah boleh menyalurka­n maklumat kepada AADK menerusi laman web kami atau panggilan telefon dan kami akan mengambil tindakan segera,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia