Utusan Borneo (Sabah)

115 mesin judi diperiksa dalam Op Waran Geledah

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 115 premis judi dalam talian digeledah di sekitar Kuala Lumpur dalam Op Waran Geledah, di sini, awal pagi Sabtu.

Operasi yang bermula pada 8 malam sehingga 2 pagi Sabtu melibatkan 35 pegawai dan 175 anggota dari lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melibatkan kontinjen Dang Wangi, Cheras, Brickfield­s, Wangsa Maju dan Sentul.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi) Kuala Lumpur ACP Alzafny Ahmad berkata daripada jumlah itu, hanya dua premis di daerah Dang Wangi iaitu di Jalan Ampang dan Chow Kit masih menyimpan mesin simulator dan komputer yang digunakan untuk judi dalam talian.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, polis merampas 55 papan kekunci komputer, lapan mesin simulator, tujuh unit CPU dan empat monitor di keduadua premis itu.

“Berdasarka­n maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan, kami mendapati 115 premis ini dipercayai aktif menjalanka­n operasi walaupun serbuan sering dilakukan ,” katanya pada sidang akhbar di IPD Dang Wangi di sini.

Pada 27 Sept lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah mewujudkan satu jawatankua­sa khas bagi membantera­s kegiatan judi.

Jawatankua­sa khas itu, diketuai Noor Rashid dengan tiga fokus utama iaitu mengambil tindakan tegas terhadap pusat judi haram, sindiket dan mereka yang membantu kegiatan judi.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia