Utusan Borneo (Sabah)

Kedah tekad hapus pusat perjudian haram

-

KUALA NERANG: Kerajaan Kedah bertekad untuk membantera­s habishabis­an pusat-pusat perjudian haram di negeri ini dalam usaha membendung aktiviti perjudian yang semakin membimbang­kan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata untuk itu, semua Pegawai Daerah akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat khas yang akan diadakan dalam mencari kaedah terbaik dan berkesan bagi menangani masalah yang kian berlarutan itu.

“Saya sendiri akan mempengeru­sikan mesyuarat tersebut dalam masa terdekat ini...untuk itu saya akan panggil semua Yang Dipertua Majlis, Pegawai Daerah dan pihak polis untuk mencari kaedah terbaik supaya operasi yang kita adakan lebih efisien dan menepati sasaran,” katanya pada majlis pelepasan peserta Kejohonan Motor Lasak Endurance Puncak Janing Challenge di sini, pada Sabtu.

Badrol Hisham berkata langkah itu juga bagi menyahut hasrat Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang mahu pusatpusat perjudian di negara ini ditangani dan dihapuskan kerana memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang beroperasi akan terus dipantau bagi memastikan mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita juga akan pantau dan semak balik syarat-syarat yang ada dalam lesen PHK sama ada mereka mematuhi syarat atau tidak, jika didapati langgar kita akan tarik lesen mereka sertamerta,” katanya.

“Kita tak mahu bila kita bagi lesen simulator tetapi disalahgun­akan lesen tersebut kerana implikasin­ya amat buruk terutama melibatkan anak-anak muda dan pelajar sekolah hingga mengabaika­n pelajaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Badrol Hisham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, perbincang­an khas akan diadakan bersama Jabatan Perhutanan negeri untuk menjadikan litar motor lasak di Hutan Lipur Puncak Janing sebagai litar tetap bagi negeri Kedah.

“Selain mempromosi­kan Hutan Lipur Puncak Janing menerusi penganjura­n ini, litar sepanjang 6.5 kilometer ini akan dijadikan litar tetap negeri Kedah bagi penganjura­n sukan motorcross pada masa akan datang kerana ianya amat sesuai dan menyamai litar motor lasak antarabang­sa,” katanya.

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan pada kejohanan kali ini iaitu Cub Cross Standard Endurance, CKD Cross Endurance, Cub Cross Open Endurance, Novice Endurance, Veteran Endurance dan Open Endurance.

Turut memeriahka­n program itu ialah pertanding­an menarik kereta dengan tali, menggolek tayar jentera berat, dan acara sepak raga tuju. -Bernama

 ??  ?? PARA peserta memecut laju motosikal sebaik dilepaskan oleh Badrol Hisham pada Kejohanan Motor Lasak Endurance Puncak Janing Challenge di Hutan Lipur Puncak Janing pada Sabtu. -Gambar Bernama
PARA peserta memecut laju motosikal sebaik dilepaskan oleh Badrol Hisham pada Kejohanan Motor Lasak Endurance Puncak Janing Challenge di Hutan Lipur Puncak Janing pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia