Utusan Borneo (Sabah)

Tentera dera anak tiri

Kementeria­n Pertahanan serah pada PAT

-

JITRA:Kementeria­n Pertahanan menyerahka­n sepenuhnya­kepadaPang­lima Angkatan Tentera (PAT) untuk mengambil tindakan terhadap anggota tentera yang ditahan di Kuantan, Pahang pada Jumaat berhubung kes mendera anak

tirinya, sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan kes berkenaan dan menyerahka­n kepada polis untuk menjalanka­n siasatan terperinci.

“Kes ini dilihat sebagai satu penderaan (melibatkan anggota tentera dan anak tiri)...sepatutnya tiada kaitan dengan Kementeria­n Pertahanan.

“Apa pun saya tidak boleh beri komen apa-apa melainkan tunggu polis buat siasatan, sekiranya disabitkan bersalah kita serahkan pada PAT untuk ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kacau bubur asyura anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Bersatu di sini pada Sabtu.

Semalam, seorang anggota tentera berusia 35 tahun dan pasanganny­a ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera anak mereka berusia 10 tahun yang lehernya diikat pada tong gas menggunaka­n rantai besi.

Anggota tentera berkenaan yang bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang, Kuantan dan isterinya berusia 30 tahun direman selama seminggu bagi membolehka­n siasatan dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016. -Bernama

“Kes ini dilihat sebagai satu penderaan (melibatkan anggota tentera dan anak tiri)... sepatutnya tiada kaitan dengan Kementeria­n Pertahanan.

DATUK SERI MOHD JOHARI BAHARUM Timbalan Menteri Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia