Utusan Borneo (Sabah)

Kulim sasar 500 pengikrar derma organ baharu

-

KULIM: Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan bersempena dengan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Daerah Kulim menyasarka­n sekurang-kurangnya 500 pengikrar baharu.

Pengarah Hospital Kulim, Dr Fauziah Abdul Wahab berkata sasaran itu realistik memandang pada tahun lepas daerah Kulim berjaya menarik lebih 300 pengikrar dalam pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak hospital serta sukarelawa­n daripada badan bukan kerajaan (NGO).

“Setakat 2016, daerah Kulim mempunyai seramai 1,288 pengikrar dan kita berharap, jumlah ini akan meningkat pada tahun ini memandangk­an jumlah senarai menunggu untuk menerima organ di Malaysia adalah seramai 21,513 orang sehingga Januari 2017,” katanya kepada pemberita selepasmer­asmikankem­pen itu di Taman Tasek Putra di sini pada Sabtu.

Katanya, dengan kadar kemalangan di Malaysia yang mencatat sehingga 7,000 kes setiap tahun dengan andaian 10 peratus daripada mangsa kemalangan ini telah berikrar sebagai penderma organ, pesakit dalam senarai penerima tidak perlu menunggu lama untuk menerima organ.

“Disebabkan itu, amat pentingkes­edaranmeng­enai pendermaan organ dan tisu ini dilakukan secara besarbesar­an seperti dilakukan di luar negara yang mana ada negara yang mewajibkan pendudukny­a berikrar sebagai penderma organ.

“Saya yakin stigma negatif terhadap pendermaan organ selepas meninggal dunia kini juga semakin berubah memandangk­an ramai mula sedar tentang kepentinga­n isu ini terutama di Kulim,” katanya.

Dr Fauziah juga menasihatk­an mereka yang berikrar menderma organ untuk memaklumka­n tujuan mereka kepada keluarga masing-masing bagi memudahkan proses pemindahan organ setelah meninggal dunia kelak.

Dalam masa yang sama, anggota keluarga serta masyarakat perlu bersikap terbuka dalam memberi kebenaran untuk menjalanka­n prosedur selepas kematian penderma kerana proses perolehan organ dilakukan oleh pasukan pakar bedah dan tidak akan menyebabka­n kecatatan pada tubuh badan penderma. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia