Utusan Borneo (Sabah)

Parti politik disaran jangan main sentimen etnosentri­k

-

KUALA LUMPUR: Parti politik diminta memberi tumpuan terhadap isu-isu tempatan dan kebangsaan dan bukan memainkan sentimen etnosentri­k iaitu menganggap sesuatu masyarakat lebih unggul daripada masyarakat lain di negara ini dalam kempen politik mereka, kata Persatuan Patriot Kebangsaan.

Presidenny­a, Datuk Mohd Arshad Raji berkata ketika Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaa­n maka trend tidak sihat ini serta perpecahan politik tidak harus dibiarkan untuk merosakkan keharmonia­n masyarakat pelbagai kaum di negara.

“Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin dekat, kami melihat trend kempen yang tidak sihat oleh parti politik yang berkempen berdasarka­n sentimen etnosentri­k. Kelakuan sedemikian adalah tidak bijak, tidak sihat dan memecah belah.

“Begitu juga, manamana ahli politik atau parti politik yang berkempen atau mengapi-apikan usaha pemisahan negeri atau wilayah akan dikritik hebat,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Dilancarka­n Ogos lepas, persatuan itu terdiri daripada veteran tentera dan polis dengan objektif utamanya untuk berusaha membantu meningkatk­an perpaduan rakyat Malaysia dalam kalangan semua kumpulan etnik di negara ini.

Mohd Arshad berkata keperluan untuk mengukuhka­n perpaduan kaum kini lebih mendesak daripada sebelumnya terutama dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa akan datang.

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), badan kerajaan dan parti politik untuk berusaha ke arah mencapai keharmonia­n negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia