Utusan Borneo (Sabah)

Tangki minyak jet di Las Vegas turut ditembak

-

LASVEGAS:Duapeluruy­ang ditembak semasa kejadian tembakan beramai-ramai di Las Vegas turut mengenai sebuah tangki besar minyak jet di hujung Lapangan Terbang Antarabang­sa McCarran, satu das melekat di luar tangki dan satu lagi menembusin­ya, namun tiada kebakaran atau letupan, menurut jurucakap lapangan terbang kelmarin.

Pihak berkuasa lapangan terbang menolak untuk membuat spekulasi sama ada penyerang Steve Paddock menyasari silinder yang menampung 43,000 tong minyak itu atau ia terkena dua das peluru sesat semasa serangan.

Namun kedudukan tangki, kira-kira dua kali ganda jauhnya daripada tapak festival muzik dari hotel tinggi di mana Paddock berada dan pada sudut berbeza dengan bilik hotelnya, mencadangk­an dia sengaja menyasari tangki tersebut.

Tangki tersebut terletak di bahagia barat lapangan terbang kira-kira 335 meter dari tempat kejadian di mana 58 mati, menurut akhbar Las Vegas-Review Journal.

Tangki itu juga kira-kira 2,000 kaki dari tingkap tingkat 32 di mana penyerang berada di Hotel Mandalay Bay, lapor Review-Journal.

Tanpa memikirkan jarak atau kemampuan tembakan, serta berlainan daripada jangkaan umum, terdapat kemungkina­n sifar bagi tembakan raifal menyebabka­n kebakaran atau letupan di loji sedemikian.

Jurucakap lapangan terbang Chris Jones menyatakan bahawa ini disebabkan minyak jet, meskipun mudah terbakar, bukan sejenis cecair mudah meruap di mana sekiranya berlaku kebakaran, nyalaannya dibendung ke udara, berbanding meletupkan tangki, jelas beliau.

Mike Boyd, perunding penerbanga­n yang berpusat di Colorado dipetik ReviewJour­nal, bersetuju dengan penilaian tersebut.

“Mesingan tidak akan dapat meletupkan tangki minyak,” menurut Boyd.

“Minyak jet itu sendiri dalam volum besar yang basah yang sangat sukar untuk dibakar.

“Hanya pengganas yang sangat amatur akan memikirkan perkara seperti itu adalah mungkin,” katanya.

Bagaimanap­un, sebagai langkah berjaga-jaga, tangki yang separuh penuh itu telah dikosongka­n dan diperiksa semulauntu­kdibaiki,menurut kenyataan pihak lapangan terbang. — Reuters

 ??  ?? DUA tangki minyak jet dekat Hotel Mandalay Bay, Las Vegas turut menjadi sasaran Paddock dalam serangan tersebut. — Gambar Reuters
DUA tangki minyak jet dekat Hotel Mandalay Bay, Las Vegas turut menjadi sasaran Paddock dalam serangan tersebut. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia