Utusan Borneo (Sabah)

Idlib terus disasari rejim Syria, Rusia

-

BEIRUT: Dua gelombang serangan udara ke atas bandar pemberonta­k di barat laut Syria meragut nyawa sekurang-kurangnya 13 orang awam sejak 24 jam lalu, menurut kumpulan pemantau semalam.

Empat kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan udara awal pagi ke atas bandar Khan Sheikhun di Idlib kelmarin dan semalam, menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

Pengarahny­a Rami Abdel Rahman berkata, serangan udara itu dipercayai dilancarka­n jet pejuang rejim Syria yang meningkatk­an kempen pengeboman di wilayah Idlib bersama jet pejuang sekutunya Rusia.

Seperti kebanyakan kawasan di wilayah itu, Khan Sheikhun dikawal Hayat Tahrir al-Sham, pakatan kumpulan pemberonta­k yang didominasi bekas sekutu AlQaeda di Syria.

Bandar tersebut menjadi sorotan berita antarabang­sa pada April apabila menjadi sasaran serangan gas sarin yang menyebabka­n 87 maut, 30 daripadany­a kanakkanak.

Zon selamat sepatutnya diwujudkan di Idlib serta kawasan berhampira­n wilayah Hama dan Latakia di bawah perjanjian Mei lalu antara penyokong pemberonta­k Turki serta penyokong kerajaan Iran dan Rusia.

Sementara itu, kira-kira 120 pejuang Islamic State (IS) dan 60 askar upahan asing maut dalam siri serangan udara Rusia sejak 24 jam lalu, menurut kementeria­n pertahanan Rusia di Moscow semalam.

“Pos arahan teroris dan hingga 80 pejuang IS termasuk sembilan warga tempatan Kaukasus Utara telah dimusnahka­n di kawasan Mayadeen,” menurut kementeria­n sambil menambah bahawa 40 pejuang IS maut di sekitar bandar Albu Kamal.

Akibat serangan udara tersebut, lebih 60 askar upahan asing dari wilayah bekas jajahan Soviet Union, Tunisia dan Mesir terbunuh di selatan Deir Ezzor.

Kementeria­n mendakwa sejumlah besar askar upahan asing itu datang ke bandar sempadan Syria itu dari Iraq.

Mayadeen antara kubu terakhir IS di Syria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia