Utusan Borneo (Sabah)

Serangan yang gagal, tiga lelaki didakwa

-

PARIS: Tiga lelaki termasuk dua ekstremis Islamis didakwa atas cubaan menyerang kawasan pangsapuri di daerah mewah di ibu negara Perancis Paris pada hujung minggu lepas, menurut pendakwa raya kelmarin.

Pendakwa raya kanan antikegana­san Francois Molins menyatakan punca mengapa pangsapuri di barat daerah ke-16 Paris itu disasari masih belum diketahui, sementara tiada bukti ditemui setakat ini yang boleh mengaitkan suspek dengan kumpulan Islamic State (IS).

Satu letupan besar berjaya dielakkan pagi semalam apabila seorang penghuni menemui empat tong gas dan simbahan petrol di bahagian lobi bangunan pada jam 4.30 pagi waktu tempatan.

”Kuasa letupan boleh menyebabka­n kerosakan yang sangat besar,” Molins memberitah­u sidang media dalam komen pertamanya mengani kes tersebut.

Menggunaka­n DNA yang ditemui di tempat kejadian, termasuk sebuah telefon bimbit yang bertujuan sebagai peledak, pihak polis berjaya menahan enam orang.

Tiga kemudian telah dibebaskan dan tiga lagi telah didakwa atas cubaan membunuh.

Mereka dipercayai anggota sebuah kumpulan pengganas, termasuk dua orang yang sebelum ini telah dinyatakan anggota keselamata­n sebagai ekstremis Islam.

Juga pada hujung minggu itu, seorang pemuda Tunisia berusia 29 tahun telah mengelar dua sepupu sehingga mati di stesen kereta api utama di pelabuhan selatan Marseille sebelum ditembak mati anggota tentera yang meronda di sana.

Lima suspek yang ditahan kemudian dibebaskan polis kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia