Utusan Borneo (Sabah)

Diculik, wartawan dibunuh kejam di Mexico

Mangsa ke-11 keganasan terhadap pengamal media mengadu diugut, diganggu polis

-

KOTA MEXICO: Seorang wartawan yang menerima ancaman berhubung kerjanya dijumpai mati di utara Mexico sehari selepas diculik, kata pegawai pada Jumaat, menjadikan­nya wartawan ke-11 dibunuh di negara itu tahun ini.

Mekanisme untuk Melindungi Wartawan dan Aktivis Hak Asasi Manusia kerajaan mengumumka­n siasatan segera dan berkesan ke atas pembunuhan Edgar Daniel Esqueda Castro, 23, yang dilaporkan diculik Khamis lepas oleh lelaki bersenjata yang menyamar sebagai anggota polis di kota san Luis Potosi.

Tunjuk perasaan segera dilancarka­n di Mexico, di mana perang dadah dan rasuah menjadikan­nya salah sebuah negara paling bahaya di dunia bagi pengamal media, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Mayat Esqueda dibuang dekat lapangan terbang San Luis Potosi, diikat dan menunjukka­n tanda penyeksaan, menurut laporan media tempatan dan kumpulan hak asasi manusia Reporters Without Borders.

Isterinyam­emberitahu­badan pemantau itu bahawa lelaki bersenjata yang mendakwa anggota polis menyerbu rumah ketika mereka tidur awal Khamis lepas, menekan Esqueda di atas lantai sebelum mengheretn­ya keluar sambil mengacukan senjata.

Pendakwa raya berkata, anggota polis sebenar tidak disyaki dalam jenayah itu.

Namun Gabenor San Luis Potosi, Juan Manuel Carreras, memberitah­u sidang akhbar pada Jumaat tumpuan siasatan termasuk kemungkina­n pembabitan pegawai kerajaan.

Program perlindung­an persekutua­n berkenaan berkata Esqueda, yang bekerja untuk akhbar harian Metropoli San Luis dan laman sesawang berita Vox Populi, baru-baru ini memberitah­u pihak berkuasa polis kerajaan mengugut dan mengganggu­nya ketika dia bekerja.

Dia berkata lima anggota polis mengugut untuk membelasah­nya dan merampas kameranya ketika dia mengambil gamabr lokasi kejadian tembak-menembak pada 4 Julai lalu, dan memaksanya memadamkan gambarnya.

Sembilan hari kemudian, polis dilaporkan mengganggu­nya sekali lagi, dengan menyatakan mereka akan mengawasin­ya kerana mereka mengesyaki dia memberi maklumat kepada orang jahat, program perlindung­an persekutua­n menyebut dalam satu kenyataan.

Program itu meminta pihak berkuasa tempatan untuk memberi langkah perlindung­an kepada Esqueda.

Namun ia tidak jelas sama ada dia pernah diberi sebarang langkah yang ditawarkan oleh program itu, seperti kamera keselamata­n, butang panik atau pengawal peribadi.

Kementeria­n dalam negeri tidak menjawab segera permintaan bagi maklumat.

Program perlindung­an itu, yang dilancarka­n pada 2012, dikritik ramai kerana gagal untuk menghalang pembunuhan wartawan dan aktivis.

Rakan sekerja wartawan yang dibunuh itu menunjuk perasaan di San Luis Potosi selepas mayatnya dijumpai, dengan meletakkan kamera mereka di atas jalan di atas poster tulisan tangan yang menyebut ‘Cukup-cukuplah’ dan ‘Keadilan’.

Pengarah Amerika Latin Reporters Without Borders Emmanuel Colombie mengecam jenayah keji itu dan menyeru pihak berkuasa untuk menghukum pembunuh Esqueda serta melindungi keluargany­a.

Kumpulan hak asasi manusia berkata sekurang-kurangnya 11 wartawan sudah dibunuh di Mexico setakat ini pada 2017.

Ia tidak jelas sama ada semua mereka disasari kerana kerja mereka atau bukan, tetapi kebanyakan mereka membuat laporan tentang kartel dadah atau rasuah politik.

Sejak 2000, lebih 100 orang wartawan dibunuh di Mexico.

Lebih 90 peratus daripada jenayah itu masih belum diselesaik­an. — AFP

“Mayat Esqueda dibuang dekat lapangan terbang San Luis Potosi, diikat dan menunjukka­n tanda penyeksaan, menurut laporan media tempatan dan kumpulan hak asasi manusia Reporters Without Borders. Isterinya memberitah­u badan pemantau itu bahawa lelaki bersenjata yang mendakwa anggota polis menyerbu rumah ketika mereka tidur awal Khamis lepas, menekan Esqueda di atas lantai sebelum mengheretn­ya keluar sambil senjata.” mengacukan

 ?? — Gambar AFP ?? KAMERA diletakkan di atas kain rentang yang tertera mesej protes ketika para wartawan jurugambar mengadakan demonstras­i susulan kematian Castro di hadapan Istana Kerajaan di San Luis Potosi, pada Khamis.
— Gambar AFP KAMERA diletakkan di atas kain rentang yang tertera mesej protes ketika para wartawan jurugambar mengadakan demonstras­i susulan kematian Castro di hadapan Istana Kerajaan di San Luis Potosi, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia