Utusan Borneo (Sabah)

Ketua pembangkan­g Rusia seru rali protes

-

MOSCOW: Ketua pembangkan­g yang dipenjara di Rusia, Alexei Navalny, telah menggesa ribuan penyokong untuk muncul bagi rapat umum di seluruh negara pada hari jadi Presiden Vladimir Putin semalam untuk membantah pemerintah­annya selama hampir dua dekad.

Aktivis antirasuah berkarisma itu yang telah mengumumka­n niat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada Mac tahun depan untuk mengguling­kan Putin, berharap untuk melihat tunjuk perasaan di kira-kira 80 buah bandar di Rusia dengan rapat umum utama di kota asal Putin, Saint Petersburg, dan ibu negara Moscow.

Dalam satu ucapan yang disediakan dari sel penjaranya, peguam didikan Yale berusia 41 tahun itu, dengan imej pintar dan kecenderun­gan bagi slogan yang menarik, membanding­kan kehidupan di bawah rejim Putin dengan diet paksaan lobak putih.

“Jika kita tidak buat apaapa, mereka akan memberi kita lobak putih ini sepanjang hidup saya. Dan anak-anak kita juga,” kata Navalny pada minggu ini.

Mahkamah pada Isnin lepas menjatuhka­n hukuman penjara selama 20 hari atas tuduhan berulang kali melanggar undang-undang berhubung penganjura­n perhimpuna­n awam.

Pilihan raya yang kontrovers­i dan pembebasan Navalny dari penjara selain kebenaran untuknya meletakkan namanya atas kertas undian adalah tuntutan utama pembangkan­g.

Pihak berkuasa di Moscow dan Saint Petersburg enggan membenarka­n penunjuk perasaan untuk berhimpun di pusat bandar raya, dan rapat umum dapat berakhir dengan keganasan.

Dalam satu ucapan video yang tegas dikeluarka­n oleh pasukan kempen Navalny, salah seorang pengarah filem paling tersohor di Rusia, Andrei Zvyagintse­v, menyelar Putin kerana melarang Navalny.

Putin, yang akan berusia 65 tahun, sudah memerintah Rusia sejak 1999.

Beliau berkata minggu ini bahawa beliau belum lagi membuat keputusan sama ada akan meminta satu lagi penggal enam tahun, namun ramai menjangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Mac akan datang dan menang.

Navalny membawa puluhan ribu penyokong, kebanyakan­nya pelajar dan budak sekolah, ke jalanan untuk protes yang tidak dibenarkan di seluruh negara pada 26 Mac dan 12 Jun.

Penyertaan budak dalam rapat umum pembangkan­g mengejutka­n pihak berkuasa, kerana protes itu berakhir dengan keganasan.

Polis menangkap lebih 1,000 orang di Moscow sahaja sewaktu demonstras­i pada 26 Mac lalu.

Navalny sendiri ditahan sebelum dia tiba di dua rapat umum tersebut di Moscow dan dipenjara selama 15 dan 25 hari kerana menganjurk­an acara tersebut.

Beberapa penunjuk perasaan dijatuhi hukuman penjara yang panjang.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata Putin akan meraikan hari jadinya bersama keluargany­a, selain mempengeru­sikan majlis keselamata­n Rusia.

Pegawai dan penyokong Kremlin cuba mengatasi satu sama lain dalam pujian mereka kepada Putin sempena hari jadinya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail 29 September lalu menunjukka­n Navalny meninggalk­an sebuah balai polis di Moscow.
— Gambar AFP GAMBAR fail 29 September lalu menunjukka­n Navalny meninggalk­an sebuah balai polis di Moscow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia