Utusan Borneo (Sabah)

Dua lagi mangsa taska Brazil maut

-

JANAUBA: Dua kanak-kanak yang melecur dalam serangan khianat api di sebuah taska di Brazil, maut akibat kecederaan mereka kelmarin, menyaksika­n angka kematian dalam kejadian itu mencecah lapan pada hari mangsa-mangsa pertama dikebumika­n.

Cecilia Davine Dias dan Yasmin Medeiros Salvino, kedua-duanya baharu berusia empat tahun, mati awal petang kelmarin, menurut jurucakap hospilta bandar tenggara Monte Claros.

Tragedi berlaku pagi Khamis di Janauba, sebuah bandar dengan kira-kira 70,000 penduduk sekitar 600 kilometer dari Belo Horizonte, ibu negeri Minas Gerais.

Seorang pengawal keselamata­n di taska tersebut menyembur kanak-kanak dengan alkohol sebelum bertindak membakar bangunan berkenaan.

Dia sendiri mati akibat kelecuran beberapa jam kemudian.

Menurut pihak berkuasa, suspek mengalami isu kesihatan mental sejak 2014.

Secara keseluruha­n, tujuh kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh bersama guru mereka yang berusia 43 tahun.

Sejumlah 40 mangsa lagi masih dirawat di tiga hospital di wilayah tersebut.

Puluhan berkumpul untuk upacara pengebumia­n kumpulan pertama mangsa di sebuah perkuburan di Janauba petang Jumaat, menurut jurugambar AFP.

Keranda putih kecil dibuka untuk beberapa minit ketika ahli keluarga yang kesedihan meratapi kematian mangsa.

“Apa yang telah berlaku tidak dapat dijelaskan.

“Saya tidak terkata. “Apabila saya mendengar tentang kebakaran tersebut di radio, saya segera teringatka­n cucu-cucu saya.

“Saya pasti sesuatu telah berlaku kepada mereka,” kata Antonio Pereira da Silva yang hadir untuk mengebumik­an cucu perempuann­ya.

Datuk Bandar Janauba mengumumka­n perkabunga­n tujuh hari, manakala Presiden Michel Temer meluahkan perpaduann­ya dengan mangsa tragedi tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia