Utusan Borneo (Sabah)

AS sahkan askar keempat maut diserang di Niger

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengesahka­n anggota keempat dalam pasukan tenteranya terkorban dalam serangan di Niger yang menyasari pasukan peronda bersama anggota tentera Nigeria dan anggota pasukan khas AS.

“Mayat seorang anggota tentera AS ditemui di tempat kejadian,” menurut US Africa Command (AFRICOM).

Empat askar Nigeria dan seorang lagi dari negara yang tidak dikenal pasti turut terbunuh Rabu lepas dalam apa yang dikatakan kemen-terian pertahanan Niger sebagai serangan hendap.

Ia berlaku di barat daya Niger berhampira­n sempadan Mali, di mana pemberonta­k bersenjata beroperasi.

Jurucakap tentera Perancis menyatakan helikopter­nya telah memindahka­n mangsa tercedera dari tempat kejadian dan jet pejuang dikerah ke tempat kejadian untuk menyampaik­an bantuan tetapi tidak menggugurk­an bom bagi mengelakka­n mengenai anggota tentera di darat.

Pertempura­nmengesahk­an sedikit sebanyak mengenai kehadiran anggota tentera AS di kawasan bergolak, sebahagian kawasan miskin dan penting politik Sahel di mana kumpulan pejuang jihad telah melakukan keganasan.

“Pasukan Tentera AS berada di Niger bagi menyediaka­n latihan dan bantuan keselamata­n kepada Pasukan Tentera Bersenjata Nigeria, dalam usaha mereka untuk menangani organisasi ekstremis kejam di wilayah,” kata AFRICOM.

Di bawah nama Operasi Barkhane, Perancis mengekalka­n misi 4,000 anggota di wilayah itu untuk mempertaha­n negeri Sahel daripada pemberonta­k yang melancarka­n gelombang pengeboman berdarah, tembakan dan penculikan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia