Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak pertama ukur kesejahter­aan melalui SSWI

Memorandum persefaham­an bersama Universiti Malaya dimeterai untuk menjalanka­n kajian itu

-

KUALA LUMPUR: Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia menjalanka­n kajian bagi mengukur tanda aras kesejahter­aan masyarakat dikenali Indeks Kesejahter­aan Sosial Sarawak (SSWI).

Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak memeterai memorandum persefaham­an(MoU)bersama Universiti Malaya (UM) bagi menjalanka­n kajian itu.

Mewakili kementeria­n itu, Setiausaha Tetapnya Dr Saadiah Abdul Samah manakala UM diwakili Naib Canselorny­a Datuk Profesor Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Majlis menandatan­gani MoU itu turut disaksikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di sini pada Jumaat.

Sembilan pakar dan profesiona­l daripada UM dan agensi berkaitan di Sarawak akan terlibat sama bagi menjayakan kajian selama setahun di negeri ini dalam mendapatka­n data input dan analisis tentang perkara itu.

MoU itu menyenarai­kan 10 tunjang utama menekankan pembanguna­n lestari, kestabilan politik dan ekonomi Sarawak.

Ia merangkumi institusi kekeluarga­an, kapasiti bangunan, keharmonia­n sosial, perumahan, infrastruk­tur dan ruang sosial, amalan pentadbira­n baik, kelestaria­n, perlindung­an sosial dan kesihatan serta keselamata­n awam.

Fatimah dalam ucapannya berkata, kesejahter­aan sosial penting sama seperti kestabilan politik termasuk ekonomi dalam memastikan kesinambun­gan pembanguna­n dan kemajuan seimbang.

Menurutnya, perancanga­n, pemantauan dan penilaian pembanguna­n sosial perlu sistematik bagi mendapatka­n input releven dan berdasarka­n bukti.

“Kita perlu mengambil kira demografi dan geografi di Sarawak kerana kita tidak mahu data yang diambil dari satu kumpulan atau kawasan yang kecil.

“Apa yang kita mahu ialah penyelidik­an komprehens­if dapat diguna bagi mengubah kesejahter­aan sosial dan mampu menemui lebih ramai masyarakat di negeri ini yang memerlukan bantuan kebajikan,” katanya.

Menerusi kajian ini, kementeria­n juga mengadakan kerjasama dengan jabatan termasuk kerajaan dan pihak swasta serta badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penubuhan SSWI ini.

Menurut ketua projek Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah dari UM, SSWI akan menjadi indikator yang mencermink­an tahap kesejahter­aan sosial dalam kalangan masyarakat tempatan

Beliau percaya usaha ditunjukka­n kerajaan negeri itu adalah bagi menjamin kesejahter­aan sosial rakyat Sarawak ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, Awang Bulgiba berkata, indeks berkenaan menjadi asas penting kepada inisiatif pembanguna­n sosial dan negara.

“Input yang diperolehi daripada kajian ini menjadi asas penting dalam keputusan yang dibuat pemerintah negara atau negeri berkaitan perubahan dasar sosial masing-masing.

“Justeru, saya berharap negeri lain turut sama mempunyai indeks kesejahter­aan sosial tersendiri,” ujarnya.

“Kita perlu mengambil kira demografi dan geografi di Sarawak kerana kita tidak mahu data yang diambil dari satu kumpulan atau kawasan yang kecil. Apa yang kita mahu ialah penyelidik­an komprehens­if dapat diguna bagi mengubah kesejahter­aan sosial dan mampu menemui lebih ramai masyarakat di negeri ini yang memerlukan ” bantuan kebajikan. DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? AWANG Bulgiba (kiri) dan Saadiah bertukar dokumen perjanjian persefaham­an sambil disaksi oleh Fatimah.
AWANG Bulgiba (kiri) dan Saadiah bertukar dokumen perjanjian persefaham­an sambil disaksi oleh Fatimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia