Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga Indonesia aktif curi motosikal dicekup

-

KUCHING: Intipan selama dua jam oleh anggota Balai Polis Batu Kawa di hutan berdekatan Lorong Ma Onn, Batu 6 Jalan Matang di sini berhasil apabila seorang lelaki warga Indonesia disyaki aktif mencuri motosikal berjaya dicekup dalam satu operasi pada petang Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata, selain berjaya menangkap suspek terbabit, pihaknya turut menemui semula dua buah motosikal pernah dilaporkan hilang di Kota Samarahan dan Gita.

“Selepas membuat intipan selama dua jam, iaitu pada jam 3.30 petang, anggota kita terserempa­k dengan dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an sedang menunggang sebuah motosikal dan kedua-dua mereka cuba melarikan diri apabila ditahan untuk diperiksa.

“Bagaimanap­un, hanya seorang yang berjaya ditahan, di mana seorang lagi melarikan diri ke dalam hutan.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas motosikal yang ditunggang­i suspek didapati menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan semakan pada nombor enjinnya mendapati ia pernah dilaporkan hilang pada 30 September lalu di Kota Samarahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, sebuah lagi motosikal berjaya ditemui disembunyi­kan di dalam hutan itu tidak jauh dari tempat suspek ditahan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati motosikal yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu itu pernah dilaporkan hilang di Gita pada hari yang sama (3 Oktober),” jelasnya.

Merbin turut memberitah­u suspek akan direman beberapa hari untuk untuk siasatan lanjut di bawah Seskyen 379 Kanun Keseksaan.

“Selainitu,suspekdita­handibawah Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari sementara melengkapk­an siasatan dan menjalanka­n soal siasat.

“Kita juga sedang berusaha mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebeas serta mengenal pasti penglibata­n suspek dalam lainlain kes curi kenderaan,” katanya.

 ??  ?? MOTOSIKAL curi yang ditemui semula dalam operasi itu.
MOTOSIKAL curi yang ditemui semula dalam operasi itu.
 ??  ?? SUSPEK ditahan untuk siasatan lanjut.
SUSPEK ditahan untuk siasatan lanjut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia