Utusan Borneo (Sabah)

Kumpul bahan bacaan digital untuk pusat sumber

-

KOTA SAMARAHAN: Setiap sekolah di negeri ini disarankan untuk mengumpul bahan bacaan digital sebagai koleksi dan bahan rujukan untuk pelajar di pusat sumber selari dengan perkembang­an teknologi masa kini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) menawarkan bahan bacaan digital di laman sesawang mereka secara percuma.

Malah, tegasnya, perkhidmat­an U-Pustaka pula ada menyediaka­n kemudahan mengakses dan meminjam buku secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah.

“Sesuai dengan perkembang­an teknologi semasa, sudah sampai masanya kita mula mengumpul bahan bacaan digital ini sebagai sebahagian koleksi di pusat sumber sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu pada Majlis Anugerah Nilam Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Dewan Suarah di sini, pada Jumaat.

Rubiah memberitah­u, di samping aktiviti dan capaian terhadap bahan, bentuk dan jenis bahan bacaan yang tersedia juga menjadi faktor penting dalam pembentuka­n minat murid untuk membaca.

Tambahnya, pembanguna­n koleksi bahan di pusat sumber sekolah perlulah mengambil kira minat murid secara menyeluruh.

“Selain pusat sumber sekolah, peranan komuniti dan keluarga dalam menyediaka­n bahan bacaan turut membantu secara tidak langsung dalam pembetukan minat dan budaya membaca dalam kalangan anak-anak kita.

“Inilah peluangnya untuk kita mengeksplo­itasi kepesatan teknologi, kecanggiha­n gajet serta trend dan minat anak-anak kita sekarang ke arah yang lebih positif,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengetua dan guru besar agar menggalak warganya untuk terus membaca, menimba ilmu kemahiran dan maklumat terkini secara formal dan tidak formal ke arah pembentuka­n organisasi pembelajar­an yang unggul.

Pada majlis itu, Brahim turut menyampaik­an Anugerah Nilam Peringkat Negeri Sarawak 2017 kepada pemenang keempat-empat kategori iaitu Sekolah Rendah Bahasa Melayu, Sekolah Rendah Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Bahasa Melayu dan Sekolah Menengah Bahasa Inggeris.

Hadir sama wakil Pengarah Pendidikan Negeri Abdul Latip Bujang, Timbalan Pengarah Khidmat Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak Ellen Manium Engang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri merangkap Pengerusi Pengelola Shirini Mastura Mohamed Zulkifli dan Ketua Nazir Sarawak Mahli Rosli.

 ??  ?? BRAHIM (barisan belakang, tengah) merakam kenangan bersama para pemenang Anugerah Nilam Peringkat Negeri 2017.
BRAHIM (barisan belakang, tengah) merakam kenangan bersama para pemenang Anugerah Nilam Peringkat Negeri 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia