Utusan Borneo (Sabah)

Martabat seni warisan budaya Iban

-

KUCHING: Menteri Muda Industri dan Pelaburan, Malcolm Mussen Lamoh menggalakk­an ahli-ahli Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (Asadia) untuk terus memartabat­kan seni warisan budaya masyarakat Iban.

Mengambilc­ontoh‘kuntau’ atau seni mempertaha­nkan diri Iban, Mussen berkata program kelas belajar ‘kuntau’ bukan sahaja untuk memelihara seni ini daripada pupus di telan zaman.

Tetapi lebih penting, katanya, seni ‘kuntau’ ini merupakan identiti bagi bangsa Iban serta satu cara untuk meningkatk­an keyakinan diri.

“Keyakinan diri yang tinggi amat penting untuk membolehka­n kita sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua masalah.

“Sebab itu, kita menggalakk­an bukan sahaja ahli-ahli Asadia tetapi juga orang ramai terutama bangsa Iban untuk mempelajar­i seni ini,” katanya.

Mussen berkata demikian ketika hadir pada penutupan kelas ‘kuntau’ siri ketujuh Asadia di gelanggang ‘kuntau’ Asadia yang terletak di Semaba dekat sini, barubaru ini.

Pada penutupan kelas tersebut, Mussen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai turut menyampaik­an geran RM5,000 kepada akademi.

Beliau turut meminta pihak akademi untuk menambah baik gelanggang ‘kuntau’ tersebut kepada taraf dewan bagi keselesaan para pelatih daripada berpanas dan berhujan.

Bagi tujuan itu beliau meminta pihak Asadia untuk menyediaka­n pelan cadangan bagi gelanggang tersebut agar bantuan dapat disalurkan.

Sementara itu, Ketua Asadia Mabong Unggang berterima kasih kepada Mussen yang hadir memberi sokongan kepada usaha akademi ini.

Katanya, seramai 16 peserta berjaya menamatkan kelas ‘kuntau’ siri ketujuh ini yang dilatih oleh Guro Majakatar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia