Utusan Borneo (Sabah)

Setelah 19 tahun

F1 Litar Antarabang­sa Sepang tutup tirai tapi kisahnya belum berakhir

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

Medan ujian muktamad bagi produk ini, tidak lain dan tidak bukan, tentulah di litar Formula 1. Sepasukan jurutera kami akan mengumpul data dan maklum balas mengenai prestasi produk-produk ini, yang kemudian kami gunakan pula untuk membangunk­an produk untuk pelanggan. CHAN MING YAU Pakar teknologi bahan api Petronas

KOTA KINABALU: Perlumbaan Formula 1 (F1) di Malaysia melabuhkan tirai terakhirny­a di Litar Antarabang­sa Sepang pada 1 Oktober selepas 19 tahun menghidang­kan sukan permotoran tahap tinggi kepada audiens di Malaysia dan di serata dunia.

Utusan Borneo berpeluang mengikuti perlumbaan terakhir itu di Sepang bersama pengamal media lain dari Sabah dan Sarawak, dan menyelami kisah pembabitan Petronas dalam sukan Formula 1, melalui program lawatan media yang diatur khas oleh Jabatan Perhubunga­n Media, Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas baru-baru ini.

Di sebalik kemeriahan dan saingan sengit perlumbaan Formula 1, serta paparan jenama syarikat minyak dan gas negara itu di serata Litar Antarabang­sa Sepang, rupa-rupanya terselit kisah di sebalik tabir yang menjadi pemangkin kepada kejuaraan dunia tiga tahun berturut-turut pasukan tajaan Petronas, iaitu Mercedes AMG Petronas tahun 2014-2016.

Tidak kurang menariknya ialah bagaimana pengguna kereta harian di jalan raya juga terkena ‘tempias’ daripada daya usaha yang telah menyumbang kepada kejayaan pasukan itu di litar perlumbaan.

Satu daripada kisah itu ialah berkaitan denpembabi­tan gan langsung pakarpakar daripada syarikat itu dalam memformula­si bahan api, pelincir dan cecair fungsional yang digunakan oleh kereta lumba Formula 1 pasukan Mercedes AMG Petronas.

Menurut Chan Ming Yau, pakar teknologi bahan api dari syarikat minyak dan gas negara itu, Petronas merupakan sumber daya teknikal di sebalik pembanguna­n bahan-bahan berkenaan.

Bercakap kepada media di Petronas Research Centre Sdn Bhd (PRSB) yang terletak di Bangi, Selangor, Chan berkata produk-produk berkenaan diformulas­idandibang­unkan di Malaysia sendiri, iaitu di PRSB, dan juga di Itali melalui Petronas Lubricants Internatio­nal.

Produk-produk ini kemudian diuji di ibu pejabat Mercedes AMG Petronas Motorsport dan Mercedes AMG High Performanc­e Powertrain­s di United Kingdom.

“Medan ujian muktamad bagi produk ini, tidak lain dan tidak bukan, tentulah di litar Formula 1. Sepasukan jurutera kami akan mengumpul data dan maklum balas mengenai prestasi produk-produk ini, yang kemudian kami gunakan pula untuk membangunk­an produk untuk pelanggan,” kata Chan.

Dengan kata lain, katanya, pengetahua­n yang diperolehi daripada pembanguna­n bahan api Formula 1 turut diterjemah untuk menghasilk­an produk bahan api bagi pengguna kenderaan harian.

Sejak tahun 2010, Petronas telah membangunk­an lebih 350 minyak pelincir dan cecair fungsional bagi produk perlumbaan iaitu Petronas Primax (bahan api), Petronas Syntium (minyak enjin), dan Petronas Tutela (cecair transmisi, hidraulik, dan penyejukan sistem pemulihan tenaga).

Produk-produk ini menyumbang kepada kemenangan tiga tahun berturut-turut pasukan Mercedes AMG Petronas dalam kategori pengeluar dan pelumba pada tahun 2014-2016.

Ketika ini terdapat antara 10-12 saintis daripada Petronas terlibat dengan pem- bangu- nan cecair fung- s i o n a l kereta Formula 1. Pasukan yang sama ini juga terlibat dalam membangunk­an produk untuk pengguna.

Pembabitan Petronas dalam sukan permotoran juga banyak membantu melonjakka­n reputasiny­a di arena antarabang­sa, khususnya apabila syarikat itu melaksanak­an strateginy­a untuk melebarkan operasi dan kehadirann­ya di peringkat global.

Petronas ketika ini berada di dalam kumpulan 10 jenama teratas di kalangan syarikat minyak dan gas global, dengan kehadiran di lebih 80 negara.

Ketika Chan diajukan soalan sama ada bahan api Formula 1 adalah sama dengan bahan api yang dijual di stesen minyak Petronas, beliau berkata ia adalah daripada komponen dan bahan yang sama tetapi pada kadar yang berbeza untuk menyesuaik­annya dengan keperluan di litar dan di jalan raya.

“Apa yang penting, bahan api untuk pengguna di jalan raya dibangunka­n dengan menggunaka­n pengalaman yang sama dalam membangunk­an bahan api Formula 1,” katanya.

Walaupun tiada lagi deruan enjin kereta lumba Formula 1 di Sepang selepas ini, kehadiran sukan permotoran tersohor itu akan tetap dirasai melalui pasukan Mercedes AMG Petronas, dan melalui teknologi bahan api yang dibawa dari litar lumba ke jalan raya.

Dalam erti kata itu, Formula 1 sebenarnya masih berada di Malaysia – dalam bentuk ramuan bahan api kereta lumba Formula 1 yang diadaptasi­kan untuk keperluan kenderaan harian.

 ??  ??
 ??  ?? JENTERA pasukan Mercedes AMG Petronas. PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat jentera milik pelumba pasukan Redbull Racing Max Verstappen sebelum bermula perlumbaan.
JENTERA pasukan Mercedes AMG Petronas. PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat jentera milik pelumba pasukan Redbull Racing Max Verstappen sebelum bermula perlumbaan.
 ??  ??
 ??  ?? PARA pelumba F1 melambaika­n tangan kepada peminat semasa sesi memperkena­lkan semua pelumba yang bersaing pada perlumbaan pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang.
PARA pelumba F1 melambaika­n tangan kepada peminat semasa sesi memperkena­lkan semua pelumba yang bersaing pada perlumbaan pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang.
 ??  ?? PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen juara perlumbaan F1 Petronas Malaysian Grand Prix F1 Sepang 2017 disusuli Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton ke 2 dan ke 3 Daniel Ricciardo (Red Bull Racing).
PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen juara perlumbaan F1 Petronas Malaysian Grand Prix F1 Sepang 2017 disusuli Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton ke 2 dan ke 3 Daniel Ricciardo (Red Bull Racing).
 ??  ?? ROMBONGAN pengamal media Sabah dan Sarawak ketika menyaksika­n pengakhira­n perlumbaan pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang pada 1 Okt lalu.
ROMBONGAN pengamal media Sabah dan Sarawak ketika menyaksika­n pengakhira­n perlumbaan pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang pada 1 Okt lalu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN produk perlumbaan iaitu Petronas Primax (bahan api), Petronas Syntium (minyak enjin), dan Petronas Tutela (cecair transmisi, hidraulik, dan penyejukan sistem pemulihan tenaga.
SEBAHAGIAN produk perlumbaan iaitu Petronas Primax (bahan api), Petronas Syntium (minyak enjin), dan Petronas Tutela (cecair transmisi, hidraulik, dan penyejukan sistem pemulihan tenaga.
 ??  ?? ROMBONGAN pengamal media daripada Sabah merakamkan kenangan semasa berada di Petronas Research Centre Sdn Bhd (PRSB) di Bangi, Selangor.
ROMBONGAN pengamal media daripada Sabah merakamkan kenangan semasa berada di Petronas Research Centre Sdn Bhd (PRSB) di Bangi, Selangor.
 ??  ?? PERLUMBAAN pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 bermula.
PERLUMBAAN pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia