Utusan Borneo (Sabah)

23 pasukan bersaing

Kejohanan Piala Datuk Tawfiq

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan 2017 disertai 23 pasukan.

Kejohanan anjuran Titingan Football Club (TFC) dengan kerjasama Real Event, Mizanis Sports Boutique (MSB), Yunus Property Consultant Sdn Bhd dan PANZER itu berlangsun­g di sini bermula Jumaat lalu.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan semasa merasmikan kejohanan itu di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) mengalu-alukan agar lebih ramai menganjurk­an kejohanan seperti itu.

Beliau berkata, penganjura­n kejohanan adalah salah satu faktor penyumbang kepada kemajuan bola sepak.

“Penganjura­n kejohanan bukan sahaja menyediaka­n ruang dan peluang kepada pemain mengetenga­hkan bakat tetapi pegawai-pegawai pasukan termasuk jurulatih serta pengadil perlawanan juga akan mendapat manfaat dari segi kemajuan.

“Oleh itu saya berharap kejohanan ini akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk membantu kemajuan bola sepak khususnya di negeri ini. Saya harap akan ada pemain dapat dilahirkan dari kejohanan ini untuk diserapkan ke pasukan negeri,” kata Nizam.

Turut bersama pada majlis perasmian adalah Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Penyuki Matta dan Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Hasbullah Yahya dan timbalan setiausaha agung Safa, Dr Farid Abdullah.

Pasukan pada kejohanan itu dibahagika­n kepada lima kumpulan.

Kumpulan A terdiri daripada pasukan Racing Athletic FC KK, AMV FC Kimanis, Sporting Kinabalu FC KK, Likas United FC 2 dan Kapazan Real Junior manakala Kumpulan B dianggotai The Blues FC KK, Baracuda FC Pensiangan, Kapazan Real FC, RMP FC Kepayan dan Adisson FC Kota Belud.

KumpulanCt­erdiridari­pada pasukan Juta FC Keningau, Terran Queen FC KK, Kee United Tawau, E.M.D FT KK dan Simfield FC KK manakala Kumpulan D terdiri daripada pasukan Teambau FC Kota Belud, TPS FC KK, Mix Edu United Tuaran dan Unida CF KK sementara Kumpulan E terdiri daripada pasukan Kudat Cool FC, Putra United Kota Belud, Kelab Reka DBKK dan Darau FC KK.

Saingan peringkat kumpulan dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan 16 pasukan iaitu tiga pasukan teratas dari setiap kumpulan dan satu pasukan terbaik ditangga keempat mara ke pusingan seterusnya.

Pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati.

Kejohanan itu menawarkan hadiahwang­tunaikesel­uruhan RM29,000 di samping piala dan medal.

Juara akan menerima wang tunai RM12,000 manakala naib juara RM7,000.

Dua pasukan yang kalah di separuh akhir masing-masing menerima RM3,000 manakala empat pasukan yang kalah di suku akhir masing-masing menerima RM1,000.

Perlawanan berlangsun­g setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di padang sintetik KSKK.

Dua perlawanan diadakan pada setiap Jumaat bermula jam 7.00 malam manakala tiga perlawanan setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 4.00 petang.

 ??  ?? RACING Athletic FC dan AMV FC, dua pasukan pertama yang beraksi untuk edisi pertama Piala Datuk Tawfiq bergambar kenangan bersama Nizam dan tetamu lain sebelum sepak mula. Racing Athletic menang perlawanan itu 5-1.
RACING Athletic FC dan AMV FC, dua pasukan pertama yang beraksi untuk edisi pertama Piala Datuk Tawfiq bergambar kenangan bersama Nizam dan tetamu lain sebelum sepak mula. Racing Athletic menang perlawanan itu 5-1.
 ??  ?? NIZAM (tengah) menyerahka­n pas pemain kepada wakil salah satu pasukan yang mengambil bahagian. Turut bersama adalah Penyuki (kanan).
NIZAM (tengah) menyerahka­n pas pemain kepada wakil salah satu pasukan yang mengambil bahagian. Turut bersama adalah Penyuki (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia