Utusan Borneo (Sabah)

Zverev beraksi di ATP Finals London

-

BEIJING: Alexander Zverev menggarisk­an potensi yang tinggi apabila dia mara ke kejohanan tenis ATP Finals di London buat pertama kali dengan kemenangan­nya pada peringkat suku akhir di Terbuka China pada Khamis.

Pemain Jerman berusia 20 tahun itu menyertai Rafael Nadal dan Roger Federer sebagai peserta yang disahkan untuk pertanding­an akhir musim tersebut dan merupakan pemain paling muda untuk layak sejak Juan Martin del Potro pada 2008.

Zverev, pemain nombor empat dunia yang sedang menikmati kejayaan pada tahun ini, mengesahka­n tempatnya bersama barisan terbaik dalam sukan tenis lelaki selepas mencatatka­n kemenangan 6-2, 6-3 ke atas pemain Russia Andrey Rublev di Beijing.

Zverev, yang menentang seorang lagi bakat muda iaitu pemain Australia yang tidak dapat diramalkan Nick Kyrgios pada peringkat separuh akhir pada Sabtu di ibu negara China, berkata: “Saya rasa ia adalah hebat bagi mana-mana pemain untuk layak bagi acara berprestij yang kita ada di London.

“Ia sebenarnya ganjaran, saya rasa, bagi setiap pemain yang menunjukka­n bahawa anda adalah salah seorang pemain terbaik, bukan hanya selama satu atau dua minggu dalam setahun, tetapi anda adalah salah seorang pemain terbaik sepanjang tahun.

“Itu adalah sesuatu yang istimewa, ia adalah satu pencapaian yang menakjubka­n bagi saya dan saya rasa bagi semua pemain lain juga,” kata Zverev, yang memburu kejuaraan keenam pada musim ini.

London Finals bermula pada 12 November dan lima lagi tempat masih menjadi rebutan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia