Utusan Borneo (Sabah)

Ivory Coast hampiri aksi Piala Dunia 2018

-

JOHANNESBU­RG: Ivory Coast hampir layak ke Piala Dunia keempat berturuttu­rut apabila mereka seri 00 di Mali pada Sabtu dalam perlawanan kelayakan 2018 zon Afrika.

Dalam perlawanan yang selekeh, Mali mencipta kebanyakan peluang yang jelas dan nyaris memecah kebuntuan apabila rembatan Adama Niane menggegark­an palang gol pada babak kedua.

Beberapa pemain Ivory Coast dilayangka­n kad kuning bagi kekasaran dan membuang masa, termasuk dua pemain pertahanan Liga Perdana Inggeris Eric Bailly dari Manchester United dan Serge Aurier dari Tottenham Hotspur.

Ivory Coast mendahului Kumpulan C dengan lapan mata dari lima perlawanan, dua mata lebih banyak daripada Maghribi, yang melayan kunjungan Gabon di Rabatpada Jumaat.

Kemenangan bagi pasukan Maghribi akan meletakkan mereka di tempat teratas kumpulan sebelum perlawanan pusingan terakhir di Ivory Coast pada bulan depan.

Hanya pemenang kumpulan sahaja di Afrika layak ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Ivory Coast adalah antara negara dari Afrika yang layak ke Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014, tetapi tidak pernah melepasi pusingan pertama.

Maghribi, yang dibimbing oleh bekas jurulatih Ivory Coast yang dilahirkan di Perancis, Herve Renard, berharap untuk mara ke kejohanan akhir buat pertama kali sejak 1998.

Lapan lagi perlawanan kelayakan dijadualka­n pada Sabtu dengan kemungkina­n bahawa Nigeria dan Tunisia akan menjadi negara pertama untuk layak dari benua Afrika. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia