Utusan Borneo (Sabah)

Benam Panama 4-0, peluang AS ke Russia semakin cerah

-

ORLANDO: Christian Pulisic mempamerka­n prestasi yang hebat di Orlando untuk mencerahka­n lagi peluang Amerika Syarikat (AS) layak ke Russia 2018 dengan kemenangan 4-0 ke atas Panama.

Pemain berusia 19 tahun yang cemerlang itu menjaringk­an satu gol dan mencipta satu lagi untuk melengkapk­an aksi selama 19 minit yang sensasi pada permulaan perlawanan kelayakan Piala Dunia yang penting ini bagi menyingkir­kan pasukan Panama dan membantu anak buah Bruce Arena mengambil langkah yang yakin ke kejohanan akhir utama pada tahun depan.

Pulisic membuka jaringan pada minit kelapan dan dengan cantik melorongka­n bola kepada rakan serangan Jozy Altidore untuk menjadikan­nya dua gol dan memburukka­n lagi permulaan yang buruk bagi Panama, yang kini dijangka akan bermain dalam perlawanan play-off menentang sama ada Syria atau Australia untuk merebut tempat di Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Honduras, yang terpaksa bermain dalam perlawanan yang ditangguhk­an sehari di Costa Rica kerana keadaan cuaca buruk, juga masih ada peluang.

Bagaimanap­un bagi pasukan Amerika, kemenangan ke atas pasukan tercorot kumpulan Trinidad and Tobago pada Selasa ini akan mengesahka­n tiket mereka ke kejohanan akhir kelapan berturut-turut dan malah satu mata dijangka memadai.

Semua tekanan dirasai AS, yang memulakan perlawanan terakhir selepas mengutip hanya satu mata sahaja daripada dua perlawanan terakhir mereka.

Kekalahan yang melemahkan semangat di tempat sendiri pada awal September kepada Costa Rica disusuli keputusan seri 1-1 yang meresahkan di Honduras, satu keputusan yang hampir buruk tetapi diselamatk­an oleh gol penyamaan Bobby Wood pada minit ke-85.

Dan dengan Panama yang tiba di Orlando satu mata di hadapan AS dan mengintai lawatan julung kali yang bersejarah ke kejohanan akhir Piala Dunia, ketegangan ternyata ketara.

Empat perlawanan terakhir di antara keduadua pasukan berakhir dengan keputusan seri, satu keputusan yang pasti sesuai bagi pasukan Hernan Dario Gomez memandangk­an perlawanan terakhir mereka pada minggu depan adalah menentang pasukan Costa Rica yang dijangka sudah menyertai Mexico untuk layak pada ketika itu.

Arena mahu pasukannya bermain bersungguh-sungguh dari mula lagi dan memberi tekanan ke atas pasukan Panama yang selama ini sukar untuk dilemahkan, dibolosi hanya lima gol sahaja dalam perlawanan mereka sebelum ini pada pusingan kelayakan terakhir enam negara.

Pulisic, yang kini sudah terlibat dalam 11 daripada 14 gol pasukannya dalam seluruh peringkat kelayakan ini – memiliki semangat muda dan mahir yang diperlukan untuk merobek barisan pertahanan yang paling kental.

Wood, yang diberi peluang untuk bermain dahulu dengan mengetepik­an pemain veteran Clint Dempsey, mengetuai barisan dengan Altidore.

Bekas penyerang Sunderland itu nyaris menjaringk­an gol pada awal perlawanan apabila rembatan jarak dekatnya disekat sebelum Wood melakukan rembatan yang tersasar sedikit tidak lama kemudian.

Panama kelihatan gelisah tetapi peluang pertama Gabriel Torres untuk melakukan jaringan pada minit keenam sepatutnya menguji Tim Howard, sebaliknya tersasar jauh. - AFP

 ?? - Gambar AFP ?? PEMAIN AS Paul Arriola (kiri), melakukan sepakan walaupun cuba dihalang oleh pemain Panama Fidel Escobar.
- Gambar AFP PEMAIN AS Paul Arriola (kiri), melakukan sepakan walaupun cuba dihalang oleh pemain Panama Fidel Escobar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia