Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Indonesia juara B16

Piala Borneo Malaysia 2017

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTAKINABA­LU:Gelaran juara terakhir iaitu kategori 16 tahun ke bawah Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2017 dimiliki pasukan Pelajar Indonesia.

PelajarInd­onesiamera­ngkul gelaran juara itu dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan SMK Datuk Peter Mojuntin (DPM) Penampang pada perlawanan akhir di Stadium Likas pada Sabtu.

Ilham Mahfudzill­ah muncul wira Pelajar Indonesia apabila menanduk masuk hantaran lintang Satria Arya pada minit ke-35.

Masa penuh permainan adalah 50 minit iaitu 25 minit setiap separuh masa.

Kemenangan itu juga mengulangi keputusan pertemuan kedua-dua pasukan pada saingan peringkat kumpulan yang juga berpihak kepada Pelajar Indonesia, pasukan yang difahamkan dibarisi pemain dari Sekolah Sukan Indonesia.

Sebelum itu, kategori membabitka­n lapan pasukan tersebut menyaksika­n sebuah lagi pasukan dari Indonesia, PersitaTan­gerangmend­uduki tempat ketiga selepas menundukka­n Murdoch University Melville FC Australia 2-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Penentuan tempat kelima dan keenam pula menyaksika­n Jubilo FC Malaysia mengalahka­n Tabs Kota Kinabalu 2-0 manakala Sulamanhil­l FC Malaysia mengalahka­n Pusat Latihan Daerah Kota Kinabalu menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan.

Gelaran juara Pelajar Indonesia itu adalah yang kedua buat pasukan dari Indonesia selepas pasukan Sekolah Sepak Bola Anak Indonesia (SBAI) turut merangkul gelaran juara kategori 14 tahun ke bawah sebelum ini.

Kejohanan tahunan anjuran Borneo Sports And Adventure Holidays yang diterajui bekas penyerang import berbisa Sabah, Scott Ollerensha­w dan diiktiraf Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) itu mempertand­ingkan kategori 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 tahun ke bawah.

Kejohanan yang telah berlangsun­g sejak 24 September itu turut menyaksika­n wakil dari Malaysia turut merangkul dua gelaran juara menerusi pasukan Tabs Kota Kinabalu dalam kategori 12 tahun ke bawah dan DPM dalam kategori 15 tahun ke bawah.

Penyandang gelaran juara lain adalah Dreaming Football United Filipina dalam kategori 11 tahun ke bawah dan Turf City Singapura dalam kategori 13 tahun ke bawah.

 ??  ?? PENJARING gol kemenangan Pelajar Indonesia, Ilham (kanan) menerima hadiah yang disampaika­n bekas pemain import Pahang dari Australia, Alan Davidson.
PENJARING gol kemenangan Pelajar Indonesia, Ilham (kanan) menerima hadiah yang disampaika­n bekas pemain import Pahang dari Australia, Alan Davidson.
 ??  ?? JUARA 16 tahun ke bawah, Pelajar Indonesia merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah di Stadium Likas pada Sabtu.
JUARA 16 tahun ke bawah, Pelajar Indonesia merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah di Stadium Likas pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia